Monday, September 15, 2014

Sukan Malaysia makin merapu



Semenjak dua menjak ni, wa macam pelik sikit la dengan sukan Malaysia ni. Wa perati je. Kecik besar, kecik besar je wa tengok. Cuba bayangkan eh, setiap hari di Malaysia ni, kita melahirkan pelbagai altet baru dalam semua bidang. Kalau la 1 hari 1 atlet, kurang-kurang 1 tahun ada 360 atlet dari pelbagai bidang.

Cuba kita tengok sasaran pingat emas negara kita. Bukan nak kata apa, sepatutnya setiap kali penyertaan, sasaran kita makin meningkat. Bukannya sama ataupun menurun.

Sukan Komanwel 2014 - sasaran 7 emas, peroleh 6 emas
Sukan Komanwel 2010 - sasaran 10 emas, peroleh 12 emas
Sukan Komanwel 2006 - sasaran 7 emas, peroleh 7 emas
Sukan Komanwel 2002 - sasaran 7 emas, peroleh 7 emas
Sukan Komanwel 1998 - sasaran 7 emas, peroleh 10 emas

Sukan Asia 2014 - sasaran 8 emas,
Sukan Asia 2010 - sasaran 9 emas, peroleh 9 emas
Sukan Asia 2006 - sasaran 9 emas, peroleh 8 emas
Sukan Asia 2002 - peroleh 7 emas
Sukan Asia 1998 - peroleh 10 emas


2 sekolah sukan di Malaysia. Setiap tahun pasti lahir atlet yang bagus. Lihat sajalah jumlah sukan yang di tawarkan. Dengan jumlah sukan seperti ini, pastinya ramai atlet baru yang lahir. Di tambah pula dengan pelbagai kejohanan.


Dan bagi mereka yang tidak mengikuti pengajian di sekolah sukan, terdapat pelbagai persatuan di luar yang membantu. Kelab sana, kelab sini, persatuan sana, persatuan sini. Nah, tiba bila tiba kejohanan besar je, dari atlet tu umur 20 tahun sampai umur 30 tahun, muka dia ja keluar. Ada yang junior, menang peringkat junior, tapi bila masuk senior, tak da nampak bayang.

Apa yang terjadi dengan persatuan-persatuan ni? Siapa mereka semua ni? Jika sebuah syarikat GLC di pacu oleh CEOnya yang mahir dalam bidangnya, tapi bagaimana pula persatuan sukan? Cuba kita tengok antara contoh ini:-

Persatuan Badminton Malaysia
Presiden = Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff
                 Ahli konglomerat
WEBSITE : http://www.bam.org.my

Persatuan Bola Sepak Malaysia
Presiden = Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Ahmad Shah
WEBSITE : http://www.fam.org.my

Untuk menjadi sebuah persatuan yang di segani, seharusnya di ketuai oleh ketua yang bagus dari setiap sudut. Bukannya ketua yang pandai mencari salah orang lain. Selain itu, info mengenai badan persatuan itu seharusnya dan sewajarnya perlu di update sentiasa. Bukannya sunyi sepi. 2 contoh di atas merupakan antara persatuan yang baik kerana update info. Tapi apakah contoh persatuan yang boleh di kategorikan teruk? Nak tahu?


Persatuan paling teruk:-

Persatuan sepak takraw
Presiden = Datuk Ahmad Ismail
                  Ahli Politik
WEBSITE : http://psm-mal.tripod.com

Sebab apa di kategorikan persatuan paling teruk? Pergi saja ke website dia. Haram tak update. Bukan je tak update, hosting pun pakai tripod. Zaman dahulu kala boleh la pakai tripod ni. Zaman sekarang budak yang baru 2 hari belajar komputer pun da boleh beli domain sendiri. Macam mana orang nak tahu persatuan ni? Info tak da. Siapa Presiden? Sudah berapa lama dia jadi presiden? 4 penggal? Pencapaian? Kena penggal adalah. Myanmar pun lagi hebat dari Malaysia. Lagi mau kekal?

http://www.tv3.com.my/beritatv3/sukan/Datuk_Ahmad_Ismail_Kekal_Presiden_PSM.html

http://www.astroawani.com/videos/show/sukan-awani/datuk-ahmad-ismail-terus-terajui-psm-40047

http://www.nst.com.my/node/32978




Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget