Tuesday, September 16, 2014

Deadly Duo, Diego Costa & Fabregas



Hari ni admin nak ulas sikit pasal deadly duo Chelsea yang semakin menggila di EPL, siapa lagi kalau bukan Diego Costa dan Cesc Fabregas. 2 player Spain ni sememangnya pembelian Jose Mourinho yang paling berbaloi buat masa ni.

Sebenarnya ramai antara mereka yang main fantasy EPL ingat Diego Costa injured sebelum game bertemu Swansea. Ya, memang Diego Costa injured semasa game international tapi Diego Costa melepasi fitness test di Chelsea.

Ramai jugak yang letak Diego Costa dalam bench atau jual. Akibatnya, Diego Costa hatrik pulak. Mau tak naya sapa yang letak Costa dalam bench fantasy EPL tu. Hahaha.

Diego Costa juga mencipta rekod yang agak mengejutkan kerana rata-rata penyerang Chelsea tidak begitu meletup dalam musim pertama mereka bersama Chelsea. Costa hanya memerlukan 4 game saja untuk mencetak 7 gol.


Partnership Fabregas dan Diego Costa masih lagi diperingkat pembangunan, yang mana mereka tidak bersama semasa dalam pasukan kebangsaan Spain. Namun, Jose Mourinho begitu berani mempertaruhkan Fabregas dan Costa kerana kualiti pada kedua-dua pemain tersebut adalah antara terbaik dalam dunia ketika ini.

Jika hendak diceritakan mengenai deadly duo ini, EPL telah merekodkan ramai deadly duo yang efektif selain Costa dan Fabregas ini:


Ruud van Nistelrooy dan David Beckham

Fernando Torres dan Steven Gerrard

Thierry Henry dan Robert Pires

Sergio Aguero dan David Silva

Buat masa sekarang, partnership Fabregas dan Diego Costa telah mencipta 7 gol dan 6 assist. memang bukan semua gol Costa adalah disebabkan hantaran Fabregas, namun atas kesinambungan dan pemerhatian aku, partnership ini telah menghidupkan kembali skuad Chelsea yang agak lose terutamanya dalam creativity dan finishing.


Apa-apa pun, musim baru bermula, dan sejauh mana partnership ni mampu maju ke hadapan? Pasti ia akan memberi sinar baru buat peminat dan penyokong Chelsea. Huhu~

-bergkamp-




Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget