Arsenal jika bertemu pasukan-pasukan besar EPL seperti Manchester City, Chelsea atau Liverpool pasti susah nak makan.
Arsenal seperti yang diketahui tidak mempunyai defensive midfielder yang mobile dan mempunyai pace dalam mengekang gerakan lawan. Mathiu Flamini dan Mikel Arteta adalah antara pilihan Arsene Wenger buat masa sekarang namun mereka tidak begitu efektif sebagai defensive midfielder.
Jika dilihat dalam game Arsenal vs Manchester City yang lepas, gerakan Jesus Navas untuk gol pertama adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Sergio Aguero melepasi Mathiu Flamini dengan begitu mudah untuk menjaringkan gol pertama.
Gerakan Aguero dan Flamini |
Bagi aku, jika Arsenal tiada pemain seperti Fernandinho dan Nemanja Matic, memang agak susah untuk menang ke atas team yang mempunyai pace dan gerakan berbahaya melainkan jika Arsenal menukarkan formasi dari 4-1-4-1 kepada 4-2-3-1.
Walaupun City mempunyai defensive midfielder seperti Fernandinho, namun mereka masih lagi melepaskan gol. City melepaskan gol kerana daya serangan Arsenal mempunyai kualiti dan bagus tetapi Arsenal melepaskan gol disebabkan kesilapan mudah.
Aguero menjaringkan gol pertama City |
Arteta dan Flamini tidak sesuai bermain dalam posisi CDM (centre defensive midfielder) kerana mereka kekurangan faktor penting semasa bertahan. Lihat saja Real Madrid sekarang. Setelah ketiadaan Xabi Alonso ke Bayern Munich, Real Madrid seperti hilang arah dan sangat vulnerable. Kalah 2 game terakhir, Real Madrid tidak lagi digelar gergasi di Spain.
Secara jujurnya, Arteta dan Flamini tidak begitu bagus apabila bertemu pasukan-pasukan besar. Ketiadaan defensive midfielder dalam pasukan Arsenal adalah sesuatu yang merisaukan peminat dan penganalisis sukan. Setiap kesilapan pasti akan memakan diri.
-bergkamp-
-sumber: arsenal fanatics-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop