Tuesday, May 6, 2014

Penyokong JDT, meh sini kejap...

Salam sejahtera kepada penyokong JDT. Aku sebenarnya tengah sedih nie. Apesal la jadi macam nie. Aku tahu, bukan semua penyokong JDT nie perangai macam semalam, tapi disebabkan segelintir perangai sebegitu rupa, habis imej JDT. Korang tahu tak disebabkan perkara ini, sedikit sebanyak akan mencalarkan imej Tunku Ismail selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Pemilihan untuk memilih Presiden FAM baru akan diadakan pada 25 Mei ini. Kalau perkara ini berteruskan, bagaimana Tunku Ismail hendak bersaing dengan calon-calon lain? AKu betul-betul mengharapkan perubahan dalam FAM. Bagi aku, Tunku Ismail merupakan wakil dan suara orang muda yang akan bersuara lantang dalam FAM. Sebab tue, kejadian semalam bagi aku, agak mengecewakan.

Dan kepada mereka yang agresif tue, tolong fikir panjang sikit. AKu tak dinafikan, mungkin ada perkara-perkara yang menjurus kepada ketidakpuasan hati penyokong JDT semalam, tapi tolong bersabar. Imej TMJ, korang kena jaga sebab penting kepada TMJ dalam pemilihan 25 Mei nie. Aku pohon sangat-sangat...

Berikut sedikit petikan kejadian semalam aku sempat kutip dari media-media semasa..





JOHOR BAHRU 5 Mei - Suasana di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di sini tegang apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mencetuskan provokasi terhadap penyokong Pahang sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala FA.
Kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di pekarangan stadium sejak pukul 11 malam dan enggan bersurai lebih sejam kemudian walaupun diarah pihak polis.
Mereka menghamburkan kata-kata kesat sambil memaksa penyokong Pahang segera keluar meninggalkan stadium. Perkara itu menyebabkan pemain dan penyokong pasukan pelawat tidak dibenar keluar dari stadium oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
Kira-Kira 500 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat cuba menenangkan keadaan meskipun tidak diendah penyokong terbabit.
Pada perlawanan itu, JDT1 seri 1-1 dengan Pahang.
Difahamkan, tindakan segelintir penyokong JDT itu berpunca daripada rasa tidak puas hati ekoran insiden selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Februari lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh berkata, pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir dua jam selepas tamat perlawanan.-BERNAMA

-luis Garcia-
Recent Comments Widget