Hahhahaha
Well said abang dol, eh silap. Bro Dollah..
KUALA LUMPUR - Jika mahu melihat Harimau Malaya melangkah jauh di peringkat antarabangsa, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bersedia berpijak di bumi nyata dengan bersedia mengorbankan prinsipnya dalam soal penggunaan pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan.
Demikian pandangan ikhlas jurulatih PDRM dan bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh yang beranggapan sudah tiba masanya perkara itu dinilai semula demi peningkatan mutu bola sepak negara walaupun sukar diterima oleh sesetengah pihak.
Tambahnya, sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dengan pahit maung bola sepak negara, beliau berasakan mutu kebanyakan pemain tempatan masih tidak mampu memberi cabaran di pentas tertinggi antarabangsa.
Harimau Malaya memerlukan beberapa pemain naturalisasi untuk menampung segala kelemahan yang ada di dalam skuad.
"Jika mahu pergi jauh, saya rasa mahu atau tidak, kita kena bersedia korbankan prinsip kita selama ini dalam isu penggunaan pemain naturalisasi dan membuat apa yang dilakukan oleh Filipina.
"Bukan saya mahu memperlekehkan keupayaan pemain tempatan, namun sebagai seorang yang telah lama mengikuti perkembangan bola sepak tempatan semenjak bergelar pemain dan jurulatih, saya tahu kita belum ada ramai pemain berkualiti dan boleh bermain di luar negara.
"Kita memang ada ramai pemain berbakat di bahagian tengah, namun tidak di aspek serangan dan pertahanan.
"Kita memerlukan sekurang-kurangnya dua pemain import yang mungkin boleh diberi taraf kerakyatan iaitu di pemain pertahanan dan penyerang, ini dua bahagian yang cukup kritikal dalam skuad kebangsaan," katanya ketika dihubungi, semalam.
Walaupun begitu, Dollah menasihatkan pengambilan pemain import yang diberikan taraf kerakyatan ini bukanlah sekadar tangkap muat semata-mata sambil menjadikan Singapura sebagai contoh terbaik.
Malah, beliau berharap pengambilan pemain import bukan satu penyelesaian jangka pendek semata-mata tanpa ada sebarang tindakan susulan bersifat jangka panjang.
"Kita lihat seperti contoh negara jiran kita iaitu Singapura yang saya rasakan pemain-pemain naturalisasi mereka sebenarnya mungkin hanya lebih baik sedikit sahaja daripada pemain-pemain tempatan kita.
"Kalau hendak ambil pun biarlah berkualiti seperti dicadangkan iaitu Paulo Rangel yang tampak begitu konsisten sepanjang saingan liga dengan menjaringkan gol pada tiap perlawanan.
"Cuma satu masalah yang saya bimbangkan jika kita mengambil pemain naturalisasi ini adalah yang kita terlalu bergantung kepada kelompok-kelompok pemain ini dan selepas mereka tiada seperti bersara, kita tidak mampu mencari pengganti setanding," katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, berkata, pihaknya tidak berhasrat menukar polisi mengambil pemain luar dan diberikan taraf kerakyatan kerana prosesnya terlalu rumit kerana melibatkan urusan kerajaan.
Namun, Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) melalui Presidennya, Hairuddin Omar, menyokong cadangan mengambil pemain naturalisasi dengan jumlah terhad bagi menampung di bahagian penyerang.