Apabila orang lama berbicara. Mereka nampak apa yang sedang berlaku sekarang. Malah mereka juga jelas dengan kedudukan FAM masa kini. Yang bebal hanyalah orang-orang lama dalam FAM. Yang masih lagi haloba tengan jawatan-jawatan dalam FAM, seolah jawatan-jawatan tersebut boleh dibawa ke kubur..
Bila aku baca apa yang dikatakan oleh Tan Sri Elyas Omar, seorang negarawan dan tokoh sukan negara yang pernah memegang FAM, BAM, dan mengkritik apa yang sedang berlaku dalam FAM, ini bermakna beliau juga inginkan perubahan dalam FAM. Aku lagi la. Letih dengan FAM. asyik-asyik muka tue juga, asyik-asyik muka tue juga. Yang mana?
Sebab tue aku cakap, dah cukup dah tempoh 30 tahun itu. Kalau betul apa yang ditekankan oleh Tan Sri Elyas Omar, ini lebih kepada majlis penyerahan tahta FAm daripada ayahanda kepada anakanda, maka tiada perubahan yang berlaku sebenarnya. dari 30 tahun mungkin akan berlarutan lagi 30 tahun. Korang nak tunggu 60 tahun ker baru FAM nak berubah.
Huhuhuh..
-luis Garcia-

Oleh Mohd Firdaus Hashim (myMetro)
sumber myMetro.
Kuala Lumpur: Tokoh sukan negara Tan Sri Elyas Omar bersetuju dengan kenyataan dilontarkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kelmarin bahawa pemilihan Kongres FAM yang bakal dijalankan 25 Mei ini bukanlah pemilihan, tetapi lebih kepada penyerahan tampuk kepimpinan dalam ahli keluarga.
Menurut bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari 1990 hingga 2000 itu, perubahan jawatan nombor satu dalam badan induk itu bakal menyaksikan penyerahan takhta dari Presiden FAM Sultan Ahmad Shah kepada anakandanya Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah secara senyap buat meneruskan legasi kepimpinan keluarga mereka.
“Saya memang setuju dengan kenyataan TMJ mengenai pemilihan kongres yang akan datang. Dari senarai pencalonan itu, bermula dengan kerusi presiden hinggalah exco kesemuanya muka lama yang sudah bertahun bersama FAM.
“Memang benarlah Kongres FAM itu bukanlah pemilihan, tetapi sebaliknya majlis penyerahan ataupun perlantikan semula orang lama ke jawatan disandang sebelum ini.
“Sudah pasti apabila muka lama saja yang pegang, FAM tiada perubahan malah terus gagal seperti sekarang hingga pemilihan akan datang,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.
Kongres FAM ke-50 hujung bulan ini bakal menyaksikan buat pertama kalinya jawatan Presiden FAM dipertandingkan sejak 30 tahun lalu. Ia membabitkan persaingan tiga penjuru antara Presiden Sultan Ahmad Shah yang akan ditentang anakandanya Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBSNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Elyas berkata, FAM tidak semestinya memerlukan individu berpengalaman sebagai kriteria penting bagi mentadbir urus sukan itu, tetapi keikhlasan dan keberanian adalah resipi utama untuk melakukan perubahan.
“Sifat ikhlas dan berani bagi saya lebih penting berbanding pengalaman. Presiden sudah lama memegang FAM, tapi hingga kini tiada keputusan positif yang pasukan kita raih di peringkat antarabangsa,” katanya.
“Sebaliknya, kalau boleh biarlah kali ini individu yang dipilih mempunyai keberanian dan keikhlasan untuk memajukan bola sepak negara melebihi kepentingan peribadi,” katanya.
Di samping itu, supremo bola sepak Kuala Lumpur era lewat 80-an itu, menyarankan FAM menubuhkan satu sistem baru dalam struktur pentadbirannya untuk menggantikan cara lama yang terbukti gagal.
-luis Garcia-