Tuesday, April 22, 2014

Be the Best Man Win - Sultan Ahmad Shah

Pergh... Memang terbaiklah Presiden FAM nie. Dengan gentleman menyahut cabaran untuk kerusi kerusi panas ini. Siapa lagi kalau bukan Sultan Ahmad Shah. Dengan ini, kempen untuk mempromosikan jawatan tersebut telah dilakukan secara tidak langsung.
Hahahhaha...

Aku ternanti-nanti apa kempen dari  Tunku Ismail Ibrahim dan Tenku Abdullah dalam menyahut cabaran "Be Best Man Win"

Waaaa.... Aku dah tak sabar nak tunggu pemilihan 25 Mei nie...

Waaaa..............

KUANTAN - "Be the best man win (Lelaki terbaik akan menang). Itu reaksi Sultan Ahmad Shah berhubung keputusan ba­ginda mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pemilihan 25 Mei ini.
Sultan Ahmad Shah bertitah demikian sekali gus menangkis khabar angin bahawa baginda akan menarik diri pada saat-saat akhir dalam pemilihan jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara.
Baginda bertitah, jawatan itu akan dipertahankan walaupun ditentang oleh anakandanya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Saya tidak ada apa-apa masalah. 'People can challenge me' (Orang lain juga boleh cabar saya).
"Saya tidak ada apa nak komen...saya masih Presiden. Tengku Mahkota (Pahang) nak bertanding, Tunku Mahkota Johor pun (bertanding), jadi ketiga-tiga ini nak bertanding. Tiada ada masalah, semua bertandinglah," titah baginda.
Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.
Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda tidak pernah menyatakan akan menarik diri dalam perebutan jawatan itu dan tiada sebab untuk berbuat demikian.
"Apa-apa kita tunggulah 25 Mei depan. Kita harapkan semua (pemilihan) akan berjalan dengan baik," titah baginda lagi.
Ketika diminta mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan Presiden FAM, baginda bertitah, perkara itu merupakan satu perkembangan positif dan menunjukkan kebebasan menawarkan diri untuk bertanding dalam persatuan tersebut.
"Sudah pasti ini adalah perkembangan yang baik. Ini dinamakan 'freedom' (kebebasan) dan kalau kita monopoli sampai mati tidak adalah demokrasi.
"Istilah Raja dan rakyat berpisah tiada itu adalah tepat dan kita tengok nanti. Selepas 25 Mei ini, kita akan dapat jawatan (siapa Presiden FAM)," titah baginda.
Pada 19 April lalu, desas-desus FAM akan mendapat ketua baharu tidak berlaku apabila Sultan Ahmad Shah membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak 30 tahun lalu.
Baginda akan ditentang oleh anakandanya, Tengku Abdullah, yang sebelumnya dikatakan akan menang tanpa bertanding, dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengumumkan senarai nama individu yang akan bertanding dalam pemi­lihan persatuan itu pada 25 Mei ini.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget