Wednesday, May 6, 2015

Dollah Salleh boleh pakai pemain import, kata FAM.


FAM telahpun membenarkan abam Dollah menggunakan pemain import dalam perlawanan Malaysia menentang Tottenham Hotspur, 27 Mei ini. Sebab katanya, pemain-pemain kebangsaan yang lain ada komitmen masing-masing terutamanya pemain daripada JDT dan Pahang.

JDT dan Pahang mempunyai komitmen kepada kelab mereka sendiri kerana masing-masing terpaksa menabur bakti untuk menghadapi perlawanan AFC pada 26 dan 27 Mei itu.

Nampak gayanya, FAM dilihat akan meneruskan perlawanan yang tidak memberikan impak positif kepada skuad negara, dan kini, boleh pula pakai pemain import. Aku semakin heran. Penting sangat perlawanan tersebut sehinggakan FAM menangguhkan pelawanan liga untuk memberi peluang untuk perlawanan menentang Tottenham Hotspurs. Apa yang aku nampak, hanyalah duit.

Haih...

Oleh itu, saranan aku, BOIKOT....
puihh FAM..


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget