Thursday, April 2, 2015

Pengalaman berharga bersama AirAsia QPR Coaching Clinics di London


Aku diberi peluang selama seminggu aku di London bersama teman-teman media yang lain mengikuti AirAsia QPR Coaching Clinics. Pengalaman yang amat berharga bagi aku kerana bagi aku Stylo Sport bukanlah satu nama besar dalam industri sukan negara, tapi apabila diberi peluang mengikuti dan melihat sendiri bagaimana AirAsia QPR Coaching Clinics dilakukan, aku amat bersyukur.

Terima kasih AirAsia atas peluang yang diberi..


Aku sebenarnya berbangga apabila dua orang pemain muda Malaysia terpilih untuk mengikuti AirAsia QPR Coaching Clinics di London. Satu bentuk pendedahan dan pembuka minda dalam bola sepak. Bukan semua orang boleh dapat peluang macam itu. Tahniah diucapkan kepada Mohd Azmiza Ruslih dari Kota Kinabalu dan Mohd Nor Aiman Omran dari Kuala Lumpur. Turut serta dalam AirAsia QPR Coaching Clinics tersebut adalah Ren Wei dari China dan Nattanan Biesamrit dari Thailand.















Apapun, kemuncak AirAsia QPR Coaching Clinics nie apabila kami diberi peluang untuk mengikuti sendiri perlawanan secara langsung dari Lotfus Road Stadium antara QPR dan Everton. Sempoi beb. Aku macam tak caya boleh berada disitu untuk mengikuti perlawanan tersebut.











Sehingga hari ini, dah seminggu berlalu, aku masih terasa kedinginan cuaca London. Hohohooho... Miss London already...

Hahhahaha.


Tak dilupa, Fadhli Ishak dari NST, Voon@Afendi dari Borneo Post, Buck dari Metro, Vivien dari The Star, Siow dari SinChew dan terutamanya kepada Ashman, our hero kat London. Terima kasih atas segalanya.

Again, Thanks AirAsia for the wonderful experience throughout this trip for AirAsia QPR Coaching Clinics. Thanks alot.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    Wednesday, November 5, 2014

    Jumpa Messi semasa jalan-jalan survey barang sukan



    Kononnya akibat tekanan kerja, admin pun berjalan-jalan la ke kedai sukan sambil mencuci mata melihat keindahan alam semalam.

    Ekceli admin survey baju-baju sukan, nak guna untuk team sukan admin. Masuk la satu kedai ni, apa yang admin nampak?

     Wow!! Jualan penghabisan stok...

    Usha dari depan pula...

    Belek-belek harga, tengok la kasut adidas predator ni. Humang aih..banyak beno less nya. Dari RM429.00 ke RM214.50


    Banyakkan less nya. 50% tu. Bior le benor kedai ni.


    Bukan sahaja tengok kasut bola, tengok raket pun rasa macam nak beli

    Last-last admin jumpa Messi ni ha...RM210 je....





    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

      Labels:

      Friday, September 12, 2014

      Mari berfutsal bersama Stylo Sport @ Uptown Sports Bangi.


      Malam semalam admin berkesempatan bermain futsal dengan rakan seofis. Tapi biasalah kan, ofis kekurangan jejaka-jejaka. Terpaksa lah main 10 orang je. Penat giler.  Dah la jarang-jarang main sekarang, nak buat macam mana, anak dua. Hahahhaah


      Apapun, apa yang nak kami khabarkan disini adalah, ini adalah kali pertama admin dan rakan-rakan bermain di Uptown Sports, Bangi. Iya. Uptown Sports Bangi. Belakang Shell tue yang berhampiran kedai Soho, dekat dengan kilang Sate Kajang. Iyer, Bandar Baru Bangi. Dekat dah la tue.


      Jadi, kami di Stylo Sport ingin menjemput pembaca Stylo Sport di luar sana yang tinggal berhampiran Bangi, Kajang, Putrajaya atau yang berdekatan sertai kami bermain futsal. Kami memang selalunya tak cukup korum. Ala, kalau korang duduk Shah Alam pun kami tak kisah, kita main suka-suka sahaja. Tak terer mana pun, setakat sepak-sepak tue, boleh la.

      Antara gambar-gambar yang berjaya disnap semasa bertandang ke Uptown Sports Futsal @ Bangi. Tempat selesa untuk beriadah, lengkap dengan semua kemudahan asas.





      Bagi sesiapa yang berminat boleh tinggalkan nama dan no fon di ruangan komen ataupun email kami di stylosport2014@gmail.com. Kalau ramai yang berminat, sampai boleh buat tournament, kita buat tournament. Hahahha.. Kalau ramai sangat la.

      Hehheheh

      -AJK Pusat Stylo Sport-
      hahahhahahah...


      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

        Labels: