Tuesday, April 21, 2015

Amaran buat bintang TRW

Amaran buat bintang TRW


Barisan bintang Kelantan bakal berdepan penyingkiran sekiranya gagal mempamer peningkatan dalam perlawanan akan datang.


Amaran keras itu diberikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa selepas beberapa bintang The Red Warriors (TRW) mempamer aksi di bawah keupayaan sebenar musim ini.

Tegas Annuar, perkembangan itu merugikan pasukan kerana pemain ini tidak memberikan prestasi setimpal dengan gaji mahal yang diterima.

"KAFA telah memberi segala-galanya kepada pemain. Mereka perlu ingat, gaji dibayar berdasarkan prestasi.

"Jika tidak menepati prestasi yang diinginkan, ada peraturan dalam kontrak mengatakan mereka boleh diberi peringatan pertama, kedua dan ketiga.

"Sekiranya berterusan, KAFA berhak membuat pemotongan gaji sebanyak 10 peratus, 10 peratus lagi dan lagi 10 peratus seterusnya menamatkan kontrak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Liga Bola Sepak Piala Tan Sri Annuar Musa di Padang Halban FC, Kampung Halban, Melor di sini semalam.


Sementara itu, Annuar turut memberi peringatan sama kepada pemain lain dalam pasukan Kelantan.

Annuar berkata, masalah kecergasan menjadi faktor utama pemain tempatan gagal mempamer aksi cemerlang dalam saingan liga musim ini.


"Keadaan ini menyebabkan mereka gagal beraksi dengan baik dan tidak mencapai prestasi sebenar.

“Sebab itulah kawalan bola dan hantaran yang dilakukan kurang tepat serta tidak menjadi.


"Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pemain tempatan mempunyai masalah berat badan. Jadi saya harap mereka dapat mengembalikan semula prestasi jika tidak mahu berdepan penyingkiran," ujarnya

Annuar turut memberikan jaminan Kelantan akan kembali bangkit dengan aksi yang lebih mantap selepas ini.


Katanya, pertemuan dengan Sime Darby pada aksi Piala FA malam ini bakal menjadi titik tolak kebangkitan pasukan selepas ini.

"Selain itu, kita juga sedang berusaha memperkasakan lagi pasukan dengan membuat beberapa perubahan dalam masa terdekat," katanya.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget