Tuesday, February 24, 2015

Apa sebenarnya berlaku kepada kelab Parma....


Kalau korang mengikuti perkembangan liga-liga eropah, korang mesti tahu kelab Parma yang berpengkalan di Itali, dalam liga Serie A. Kelab Parma nie boleh dikatakan antara kelab yang digeruni dan disegani pada suatu ketika dahulu, apa tidaknya. Banyak bintang-bintang yang dihasilkannya antaranya, Zola, Buffon, Crespo, Thuram, Cannavaro, Andrian Mutu, Marco Di Vaio, Juan Sebastian Veron dan sebagainya lagi. Nakata pun pernah main Parma tau..


Malah bagi aku, pada ketika ini pun kelab Parma masih lagi kelab yang digeruni. Mendapat tempat keenam pada musim lalu, bagi aku, agak bagus dan hebat. Serie A kot, dengan AC Milan yang masih bergelut dengan prestasinya, Inter Milan pun sama, Napoli lagi, Juventus tak yah cakap la, memang power. Itu tak masuk Forentina, Roma, Lazio yang memang umum diketahui ramai starnya..

Crespo dan Cannavaro
Kalau korang nak tahu, apabila musim lepas, setelah Parma menduduki tempat ke6 liga, secara automatiknya, mereka layak untuk bersaing dalam kelayakan Uefa yang mana, Manchester United pun tak layak, tapi disebabkan masalah kewangan yang meruncing, Uefa telah menghalang Parma daripada bersaing dalam kelayakan Uefa.

Pintu pagar Stadium Ennio Tardini's dikunci pada Ahad lepas - apabila Parma sepatutnya menentang Udinese
Dan ya, sememangnya Parma tahun ini banyak bergelut dengan masalah kewangan. Bagi aku, masalah kewangan sampaikan nak buat perlawanan liga di stadium sendiri pun dah tak mampu. Mereka sekarang tidak mampu membayar gaji stewart dan pengurusan stadium. Malah pemain-pemain dah tak dibayar gaji sejak musim panas lagi. Dan kini, musim sejuk, pemain-pemain terpaksa mandi tanpa water heater kerana kelab tak mampu membayar cas pemanas air..
Penyokong Parma berdemonstrasi apabila perlawanan menentang Udinese dibatalkan.

Pemain-pemain Parma syang tidak bergaji..

Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, Parma telahpun bertukar ownership ataupun bertukar milik sebanyak dua kali. Namun, masih tidak dapat menyelamatkan Parma daripada masalah kewangan yang serius.

Memang berat nanang dah kelab Parma ini. Kini, Parma ditempat tercorot liga. Daripada teknikalnya, Parma sudahpun tersungkur ke liga bawahan. Kini, masih tidak dapat dipastikan sama ada Parma masuk ke Serie B atau lebih teruk, Serie D di Itali..

Huh... Aku pun tak sangka sampai macam tue sekali. Nak kata ada korupsi, atau masalah kewangan disebabkan individu tertentu, masih tidak dipastikan..

huhuhuh...


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget