Friday, October 31, 2014

WARIS bakal menjadi pemain Man United





Manchester United kini sedang memerhatikan Waris untuk di serapkan ke dalam skuad Man United.


Abdul Majeed Waris, penyerang yang berusia 23 tahun, berasal dari Ghana kini menyarung jersi kelab Turki, Trabzonspor.

Ryan Giggs telah memerhatikan pemain yang meningkat naik ini bermula semenjak Waris menyarung jersi BK Häcken.

Trabzonspor telah mengesahkan bahawa Man United telah mengintai pemainnya itu, namun tiada hitam putih yang mengesahkan bahawa Man United akan membeli penyerang muda ini.




Dalam 13 perlawanan bersama Spartak, dan kemudian Trabzonspor, Waris telah gagal untuk mencari gol. 

Permainannya agak menurun setelah menyarung jersi Trabzonspor, tetapi dia masih di idamkan kerana kecepatan dan kelincahan di atas padang. 

Dia telah mendapatkan waktu permainan biasa untuk Trabzonspor, sehingga kemungkinan bahawa dia akan kembali menerjah gol tidak lama lagi.



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    Shahidan Kassim Tarik Diri Dari Tanding Jawatan Presiden KOM


    Bekas presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan presiden pada pemilihan badan induk olahraga itu, Sabtu ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau membuat keputusan itu setelah meneliti beban tugasnya sebagai anggota kabinet kerajaan dan juga Anggota Parlimen Arau.

    Shahidan, yang juga Penasihat Persatuan Olahraga Perlis (POPs) dan pernah menerajui KOM dari 2006 sehingga 2012, menjelaskan beliau akan memberikan sokongan padu kepada bekas timbalannya, Datuk Karim Ibrahim bagi merebut jawatan presiden pada pemilihan itu nanti.

    "Insya-Allah, negeri Perlis dan beberapa ahli gabungan lain akan memberikan sokongan padu kepada Karim dan saya yakin beliau akan memenangi jawatan tersebut," katanya pada sidang media di pejabatnya di bangunan Parlimen, hari ini.

    Dalam pada itu, Karim yang turut hadir, melahirkan rasa gembira dengan sokongan tersebut sambil berjanji akan melakukan perubahan dalam program pembangunan olahraga negara sekiranya dipilih menjadi presiden baharu.

    "Beliau (Shahidan) merupakan individu terbaik yang pernah menerajui KOM memandangkan majoriti atlet dan jurulatih negara senang bekerja dengan beliau, sebelum ini.

    "Saya turut berharap agar ahli gabungan dapat mengundi calon yang mereka rasakan terbaik untuk masa depan KOM pada pemilihan kali ini," kata Karim yang merupakan Presiden Persatuan Olahraga Perak (POP).

    Penarikan diri Shahidan itu menyaksikan pertandingan dua penjuru bagi jawatan Presiden antara Karim dan Timbalan Presiden KOM, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

    Sebelum ini, penyandang presiden Datuk Zainal Abidin Ahmad mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2012.

    Sebanyak 42 perwakilan daripada 14 ahli gabungan KOM (setiap ahli gabungan mempunyai tiga wakil) akan membuat undian bagi memilih barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2014-2016.

    -- BERNAMA

    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

      Labels:

      Thursday, October 30, 2014

      KJ bidas Hodak, padang Bukit Jalil dalam keadaan terbaik..

      KJ membidas Hodak dengan cara menunjukkan gambar padang Stadium Bukit Jalil. KJ yang melawat padang itu pagi tadi dilihat berpuas hati dengan keadaan padang tersebut malah mengambil beberapa gambar lalu meng'upload' ke laman sosial Twitter milik beliau.

      Berikut antara gambar-gambar keadaan Stadium Bukit Jalil pagi tadi.







      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

        Labels:

        Rekod Mario Balotelli teruk di Liverpool..



        Apabila dibandingkan rekod Mario Balotelli semasa di Manchester City dan AC Milan, rekod beliau di Liverpool agak kurang memberangsangkan, dalam erti kata lain, agak teruk. Tak tahu la sama ada disebabkan Balotelli kurang bernasib baik atau kurang mendapat bola sepertimana di kelab-kelab lain.

        Entah la, aku tak tahu apa nak cakap, tapi sepanjang permainan, memang nasib tak berapa menyebelahi beliau. Gol kedua Balotelli hadir pada perlawanan menentang Swansea, Dua hari yang lalu. Walaupun masuk sebagai pemain gantian, tetapi dapat menjaringkan gol. Yang menariknya, gol tersebut hasil lambungan jauh daripada Borini. Adakah ini pertanda, Borini perlu bermain dengan Balotelli untuk perlawanan akan datang??

        Siapa tahu... Tunggu lah nanti. Mungkin, Balotelli meletup lepas ini. Kalau macam itu jugak, baik aku rasa pakai Borini ja.. huhuhu

        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

          Labels:

          SHAME ON YOU !!! PIRATES - kritikan khas untuk penyokong JDT


          Kamal Hisham Jaafar yang memang pedas berkata-kata di dalam blognya mengenai negeri Johor turut sempat melemparkan pandangannya yang sangat pedas mengenai penyokong JDT. Antara kata-kata yang di petik dari blognya:-


          via ~ Kamal Hisham Jaafar

          PENGUNAAN LAMBANG "LANUN" DAN "GANGSTER" JADIKAN segelintir Penyokong JDT berperangai macam Lanun dan Gangster "berlesen" .
          INI VIDEO YANG SAYA BENCI DAN MALU NAK lihat. Kerana taksub dan percaya bahawa mereka adalah "Lanun" atau "Gangster" ada penyokong bertindak liar di luar batas-batas undang-undang. "APA MEREKA INGAT KUAT SANGAT KE?" Baru pakai logo Lanun pun dah eksyen!!
          Polis pun tidak dihormati dan disepak terajang oleh segelintir MANUSIA HINA INI.
          Sebagai Rakyat Johor dan penyokong JDT, saya BENCI KEPADA "LANUN BODOH" INI, saya percaya penyokong dan rakyat Johor tidak mahu kerana sebiji bola "BUDAYA LANUN ATAU GANGSTER " MERESAP menjadi budaya "HINA" kepada rakyat Johor.
          Apa pun punca atau sebab insiden ini, tidak sepatutnya pasukan Polis "DISEPAK DAN DIHINA" hingga sebangsat ini oleh Lanun taksub ini.
          Permainan Bola sepak sepatutnya menjadi cara mengeratkan Silatulrahim dan Persaudaraan BUKANNYA melahirkan lebih ramai manusia hina yang tidak bertamadun..."SHAME ON YOU !!! PIRATES"www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp
          KAMI MAHU KEMENANGAN BERMARUAH BUKAN MENANG BAGAI PELACUR (tiada maruah).
          Rakyat Johor ada asas pendidikan sistem Agama yang teratur, tunjukkan bahawa Penyokong JDT adalah First Class dan bertamadun. Walaupun ini hanya dilakukan oleh segelintir penyokong, NAMUN ianya perlu SEGERA dikawal dan dikekang supaya tidak menjadi budaya sosial yang memalukan Negeri Johor dan Negara Malaysia.
          RAKYAT JANGANLAH LEKA DAN LALAI HANYA KERANA SEBIJI BOLA. INGAT ALLAH...INGAT KELUARGA sebelum melakukan sesuatu yang bersalahan dengan Agama dan adap sopan.



          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

            Labels:

            Lawak Logo World Cup 2018



            Russia telah melancarkan logo World Cup 2018 pada hari selasa. Namun di sebalik perasmian logo itu, ramai yang mengutuk logo itu. Antaranya:-


            One user believed it resembled a shaver and posted the comparison on Twitter after the announcement

            Painter Edvard Munch is mentioned as his work, The Scream, is adapted to fit the 2018 World Cup logo















            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

              Labels:

              Wednesday, October 29, 2014

              Lee Chong Wei akan terbang ke Norway


              Badminton world number one Datuk Lee Chong Wei, who is reported to have failed an initial doping test, will travel to Norway on Sunday for follow-up testing, media said Wednesday.

              Malaysian sports officials have confirmed that one of the nation's shuttlers failed a recent doping test but have declined to identify the athlete pending the test next week on a second urine sample.

              But Malaysian media have widely reported that Lee – the country's top sporting star – was found to have traces of the banned anti-inflammatory drug dexamethasone in his system during the world championships in Denmark in late August.

              The state-linked New Straits Times said Lee has made plans to fly to Norway with a top Malaysian sports official for tests at an Oslo laboratory on a second sample provided during the tournament.

              The Star newspaper said the test was set for November 5. It quoted Norza Zakaria, deputy president of the Badminton Association of Malaysia.

              Norza could not immediately be reached and other officials declined comment.

              Malaysian authorities were informed of the failed test on October 1 and have said they are investigating, including whether the drug was inadvertently taken as part of medical treatment.

              Lee, 32, has struggled with a thigh injury, for which he received stem cell injections in July.

              Lee has dominated the world rankings for years, but has notably failed to win a world championship or Olympic gold medal.

              In Denmark he lost in the final to China's Chen Long. In the Asian Games in South Korea in September, he was beaten in the semis by his long-time arch-rival Lin Dan of China.

              Lee withdrew from subsequent tournaments, citing fatigue.

              The country this week announced that Morten Frost, a four-time former All-England champion, has been hired as a national technical director starting next March to guide Malaysian badminton in a post-Lee future.

              Badminton is Malaysia's national sport, but officials are anxious at the lack of anyone of Lee's stature to carry the torch forward. – AFP, October 29, 2014 via TMI

              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                Labels:

                Informasi mengenai Daylight Saving Time (DST) (untuk peminat bola sepak)




                Tahukah anda tentang 'daylight saving time' (DST)?

                DST (bkan GST tau) atau daylight saving time adalah masa yang diubah bagi mendapatkan waktu petang yang panjang pada musim panas (secara umumnya). Masa akan digerakan sejam lebih awal daripada masa yang sebenar.

                Pada 26 Oktober 2014, DST akan berakhir di sekitar Eropah dan masa akan kembali menjad lewat satu jam. Akibatnya, jadual perlawanan liga seperti EPL, UEFA Champion League dan lain-lain liga yang mempunyai DST akan berubah seperti berikut: 

                                                                   Match kick-off  7.45 pm → 8.45 pm
                                                                   Match kick-off 10.00 pm  11.00 pm.
                                                                   Match kick-off 12.30 am → 1.30 am.
                                                                  Match kick-off 8.30 pm (Ahad) → 9.30 pm.
                                                                 Match kick-off 11.00 pm (Ahad)  12.00 am.
                                                                Match kick-off 3.00 am  4.00 am. (Midweek)
                                           Match kick-off 2.45 am (UCL & lain-lain perlawanan BPL) → 3.45 am.






                DST dijangka akan bermula semula pada 29 March 2015. Ini bermakna selagi belum tiba tarikh tersebut, waktu atau jadual perlawanan akan bermula seperti yang tertera di atas.

                Untuk Malaysia, tiada apa-apa perubahan yang akan berlaku. Jangan pula tuan-tuan ubah jam ke sejam lewat, nanti tak lewat datang kerja pulak. DST hanya untuk kawasan-kawasan sekitar Eropah sahaja.


                -bergkamp-

                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                  Labels: ,

                  JDT yakin bawa pulang Piala Malaysia


                  Perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang pada Sabtu ini, peluang terbaik bagi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa pulang piala berprestij bola sepak negara itu selepas kali terakhir pada 1991.

                  Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Suleiman Mohd Noor berkata selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan.

                  Suleiman yang digelar 'Bapa Bola Sepak Johor' berkata Skuad Harimau Selatan itu mempunyai kelebihan sama ada dari segi pemain, pengurusan mahu pun penyokong yang mantap.

                  "Pemain JDT mempunyai kemahiran hebat, corak permainan tersusun selain pengurusan terbaik. Selepas 23 tahun, saya amat yakin sudah tiba masanya untuk kita bawa pulang piala ini ke Johor buat kali ketiga.

                  "Namun, untuk menewaskan Pahang, pemain perlu fokus 100 peratus, mempunyai stamina bermain lebih 100 minit dan cukup bermotivasi untuk menang kerana lawan bukan calang-calang pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Stulang, dekat sini, pada Selasa.

                  Suleiman turut mengingatkan pemain JDT sentiasa berhati-hati kerana ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan, mampu menjadi pencetus semangat kepada anak buahnya.

                  Selain mengecap kejuaraan pada 1991, Johor pernah memenangi Piala Malaysia buat kali pertama pada 1985 menerusi jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad untuk mengalahkan Kuala Lumpur.

                  Pada 1991, penyerang dari Croatia, Ervin Boban mencipta hatrik untuk menewaskan Selangor 3-1 sekali gus memastikan Johor kembali menjulang Piala Malaysia buat kali kedua.

                  Andai berjaya menewaskan skuad Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, JDT akan mengulangi pencapaian 1991 dengan meraih kejuaraan berganda iaitu Piala Malaysia dan juara liga.

                  Dalam pada itu, Suleiman, 85, turut memuji tindakan Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bekerja keras dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor.

                  "Saya anggap Sabtu ini sebagai penentu sama ada kita sudah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Johor atau tidak.

                  "Pihak pengurusan sudah cuba mendapatkan sebuah pasukan yang mantap tetapi saya harap, jika kecundang pemain jangan patah semangat kerana tahun depan masih ada," katanya yang meramal JDT bakal menewaskan Pahang 2-1.

                  JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Felda United 3-1 pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini Sabtu lepas, menjadikan agregat 6-5.

                  Pahang pula menempah slot ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Kedah dengan agregat 6-3.

                  -- BERNAMA


                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                    Labels:

                    Tuesday, October 28, 2014

                    Tiket untuk peminat JDT dan Pahang mencukupi...


                    Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 40,000 keping tiket masing-masing kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang untuk aksi final Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 1 Nov ini.

                    Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata pihaknya akan menyerahkan tiket berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak kedua-dua pasukan, Selasa petang sebelum mula dijual kepada penyokong masing-masing pada Rabu dan Khamis ini.

                    Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Perlawanan Akhir berkata, baki 10,000 keping tiket akan dijual secara dalam talian menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula Rabu dan boleh ditebus keesokan hari dari 10 pagi hingga 6 petang di Stadium Putra, Bukit Jalil.

                    Tiket bagi dewasa ditetapkan pada kadar RM40 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun hanya RM5.

                    "Setiap penonton hanya dibenarkan membeli maksimum empat keping tiket sahaja...Memandangkan kita tidak membuka kaunter tiket pada hari perlawanan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini, saya mengharapkan Persatuan Bola Sepak kedua-dua pasukan melaksanakan penjualan tiket seadilnya kepada penyokong masing-masing," kata Afandi.

                    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, pada Isnin.

                    Dalam pada itu, Afandi menasihatkan bas yang membawa penyokong supaya meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan iaitu di Universiti Putra Malaysia bagi penyokong JDT dan Technology Park Malaysia di Bukit Jalil bagi penyokong Pahang.

                    "Kita minta pemandu bas yang membawa penyokong kedua-dua pasukan hanya menurunkan penumpang masing-masing dan meletakkan bas berkenaan di tempat yang ditetapkan...Kalau boleh, kita mahu segala urusan menurunkan kesemua penyokong selesai sebelum pukul 2 petang bagi mengelakkan kesesakan yang teruk.

                    "Orang ramai yang mempunyai kenderaan sendiri digalakkan supaya menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan memandangkan pihak RapidKL bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka pada hari perlawanan," katanya.

                    Afandi berkata keputusan berkenaan diambil memandangkan terdapat dua acara lain yang turut diadakan di sekitar stadium iaitu Perhimpunan Anak-Anak Negeri Sarawak Seluruh Malaysia yang dijangka dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selain perayaan keagamaan Buddha.

                    Beliau turut meminta penyokong JDT supaya masuk ke venue perlawanan menerusi pintu merah, kuning dan hijau manakala penyokong Pahang akan melalui pintu berwarna ungu, biru dan hijau.

                    Afandi berkata sejumlah 2,500 anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan beberapa agensi lain terlibat bagi mengawal kehadiran penyokong serta keadaan trafik pada aksi final nanti.

                    JDT mara ke final selepas menang agregat 6-5 ke atas Felda United FC manakala Pahang yang merupakan juara bertahan, mara selepas menundukkan Kedah dengan keputusan agregat 6-3 pada peringkat separuh akhir.

                    -- BERNAMA


                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                      Labels:

                      Monday, October 27, 2014

                      Robin Van Persie bodoh..


                      Itulah yang dihemburkan oleh Louis Van Gaal atas reaksi RVP membuka bajunya. Aksi tersebut secara tidak langsung mengundang kad kuning walaupun pada asasnya perlawanantersebut sudahpun hampir dipenghujung perlawanan.

                      Dalam masa yang sama, Louis Van Gaal memuji pasukannya yang tidak putus asa sungguhpun ketinggalan 0-1 kepada Chelsea hasil jaringan Didier Drogba. Drogba membuka jaringan pada minit ke 53 hasil tendangan penjuru oleh Fabregas.

                      Berikut aksi-aksi RVP yang mengundang kepada kad kuning.



                      Nampak kepuasan hati RVP setelah menjaringkan gol pada waktu kecederaan. Keputusan akhir perlawanan, Manchester United 1-1 Chelsea.



                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                        Labels:

                        Tan Cheng Hoe: Pengalaman berguna untuk skuad Kedah


                        Pengalaman berguna. Apa lagi yang boleh dikatakan jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe selepas pasukannya tewas 0-5 kepada Pahang dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Jumaat lalu.

                        Bagi Cheng Hoe, pengalaman bermain dalam perlawanan besar seperti itu amat penting buat pasukan Lang Merah musim ini yang dibarisi ramai pemain muda kerana mereka mempunyai masa depan yang cerah.

                        Katanya, dari satu perlawanan ke satu perlawanan skuad ini telah menunjukkan perkemba­ngan membanggakan dan ini satu perkara yang baik untuk semua peminat.

                        “Jadi saya harap penyokong Kedah akan terus memberi sokongan kepada skuad Lang Merah dalam menempuh aksi Liga Malaysia musim depan.

                        “Skuad ini dibarisi pemain yang berpontensi dan mereka mampu membawa pulang kejuaraan yang diharapkan pada masa depan,” katanya.

                        Ditanya mengenai masa depannya bersama pasukan Kedah, Cheng Hoe berkata, segalanya terpulang kepada tawaran Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

                        “Kalau ditawarkan saya pasti berminat,” kata bekas penolong jurulatih kebangsaan itu.

                        Mengenai perlawanan Jumaat lalu, Cheng Hoe berkata, gol pertama Pahang oleh Matias Conti pada minit ketiga adalah pemusnah segala harapan buat Kedah .

                        Jelas, pemainnya tidak dapat bermain mengikut rentak sebenar apabila dibolosi pada minit-minit awal.

                        Namun katanya, secara keseluruhan, Kedah masih dapat memberikan tentangan seperti yang ditunjukkan pada separuh masa kedua menerusi beberapa sera­ngan yang hampir membuahkan hasil.

                        “Andainya kami berjaya mencuri satu gol pada separuh masa kedua, saya percaya Kedah mampu menunjukkan kebangkitan.

                        “Namun, gol yang diharapkan tidak menjadi kenyataan sebaliknya Pahang pula yang menambahkan jaringan kelima pada minit ke-73,” ujarnya lagi.

                        -UTUSAN

                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                          Labels:

                          Kejayaan Azlan, berkat doa ibu bapa tercinta..


                          “Sebagai buruh binaan tiada apa yang mampu saya hadiah­kan, selain daripada sedekahkan surah Al-Fatihah setiap kali menunaikan solat,” kata Mat Lazim Ali mengenai kejayaan anaknya Mohammad Azlan meraih tiga pi­ngat emas pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon.

                          Azlan mempersembahkan aksi cemerlang di Korea Selatan dengan membawa pulang tiga emas menerusi acara 100 meter, 200m dan 400m lelaki dalam kategori kecacatan T38 dan T36.

                          Mat Lazim berkata, beliau bangga dengan kejayaan anaknya dan bersyukur kepada Allah SWT ke­rana membantu anaknya yang terpaksa bersusah payah selama ini.

                          Katanya sebelum ini Mohammad Azlan hampir berputus asa kerana kerap mengalami kesakitan di bahagian kaki. Masalah itu dihadapi sebelum menjadi atlet lagi.

                          “Dia (Azlan) ada mengadu kepada saya dan isteri saya bahawa dia ‘patah hati’ dan tidak mahu meneruskan latihan di Bukit Jalil kerana kerap mengalami kesakitan.

                          “Saya dan isteri memberi kata-kata semangat kepada dia untuk terus berusaha kerana jika dia pulang ke Kemaman, Terengganu nanti, tidak ada apa yang dapat dia lakukan, selain duduk di rumah,” katanya.

                          Katanya harapannya kini untuk melihat anaknya mencatatkan lebih banyak kejayaan dan beraksi di peringkat Sukan Olimpik.

                          Ibu Mohammad Azlan, Rohani Abu Bakar, 49, pula berkata, beliau tidak menjangka anaknya mampu memenangi tiga pingat emas dan menyifatkannya sebagai rezeki da­ripada Allah SWT.

                          “Saya tidak sangka Azlan boleh menang pingat ini, saya bersyukur dengan kejayaan tersebut,” katanya dan menurutnya setiap kali menunaikan solat dia akan sentiasa mendoakan kejayaan anaknya.

                          Kontinjen negara yang dibarisi 135 atlet paralimpik menunjukkan peningkatan prestasi apabila secara keseluruhannya meraih 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa.

                          Temasya terbesar di rantau Asia itu yang bermula pada 18 Oktober dan menutup tirai Jumaat lalu, mempertandingkan 23 acara, namun Malaysia hanya menyertai 15 acara. Pada temasya sama di Guangzhou, Malaysia hanya meraih sembilan pingat emas, 13 perak dan 23 gangsa. – BERNAMA

                          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                            Labels:

                            BAM Sahkan Atlet Positif Ujian Doping


                            Selepas membisu mengenai isu doping baru-baru ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Ahad mengesahkan seorang daripada atletnya gagal dalam ujian doping itu.

                            Timbalan Presiden BAM Datuk Norza Zakaria berkata bagaimanapun, BAM tidak boleh mengumumkan nama atlet itu sehingga keputusan ujian Sampel B diterima pada awal November depan.

                            "BWF (Persekutuan Badminton Dunia) mengesahkan bahawa seorang daripada pemain kita positif ujian doping...itu sahaja setakat ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi BAM di Subang dekat sini, pada Ahad.

                            Beliau turut mengesahkan bahawa bahan terlarang yang diambil atlet terbabit ialah 'dexamethasone' iaitu sejenis ubat penahan sakit untuk kecederaan yang dialaminya.

                            Media tempatan dan antarabangsa sebelum ini melaporkan seorang pemain badminton Malaysia gagal dalam ujian rawak Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos lepas.

                            Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini mengesahkan perkara itu namun enggan mengumumkan nama atlet dan sukan terbabit sehingga ujian sampel B selesai.

                            -BERNAMA

                            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                              Labels:

                              Friday, October 24, 2014

                              Diego Costa sakit perut. Semalam baru keluar hospital.


                              Nampak gaya, Chelsea mungkin akan mengekalkan skuad yang menang besar tempoh hari dengan mengekalkan Remy dijentera serangan. Ini dikuatkan lagi dengan keadaan Costa yang masih tidak berada dalam prestasi sebenar kerana sakit perut.

                              Semalam, Diego Costa baru sahaja keluar daripada hospital kerana sakit perut. Punca sakit perut mungkin disebabkan oleh virus, walau bagaimananpun, keadaan Costa semakin stabil. Costa yang seringkali mengalami kecederaan dilihat mempunyai masalah kesihatan yang agak berterusan, namun masih tidak menghalang beliau untuk menjadi penyerang utama Chelsea dengan jaringan 9 gol di liga EPL.


                              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                                Labels:

                                Zainal Abidin Hassan yakin menang besar


                                Tidak mustahil Pahang yang ketinggalan 1-3 akan bangkit menewaskan Kedah dengan jaringan besar pada aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam ini.

                                'Orang Besi' Tok Gajah, Dickson Nwakaeme berkata, semangat dan kesungguhan pemain ditunjukkan sepanjang sesi latihan menjelang perlawanan itu menyebabkan dia yakin kemenangan pasti memihak pasukannya.

                                Dickson yang tidak dapat beraksi perlawanan pertama di gelanggang lawan selepas menerima dua kad kuning berkata, dalam bola sepak apa saja boleh berlaku walaupun ketinggalan dua gol, itu bukan bermakna peluang melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia sudah tertutup.

                                "Tempoh 90 minit akan menjadi penentu siapa yang akan muncul pemenang," katanya.

                                Katanya, jurulatih Zainal Abidin Hassan sudah mengesan setiap kelemahan lawan dan pemain untuk merancang strategi bagi perlawanan kali ini.

                                "Saya yakin kami mampu menang besar. Kesungguhan pemain untuk bangkit kali ini begitu terserlah sepanjang sesi latihan.

                                "Saya harap dapat sekali lagi bergandingan dengan Matias Conti untuk menjaringkan seberapa banyak gol. Saya lebih rela membuka laluan kepada Conti untuk menghasilkan gol asalkan kami menang dengan jaringan besar," katanya.

                                Beliau berkata, tugas jentera serangan hanya untuk memburu gol dan usaha itu tidak akan berhasil tanpa sokongan pemain tengah.

                                Nwakaeme yang terlalu ingin mendakap Piala Malaysia selepas menjulang Piala FA bersama skuad Tok Gajah berkata, semua pemain yang ditugaskan malam ini diharap dapat memberikan sepenuh tumpuan bagi mencari jaringan besar.

                                "Percaturan jurulatih sudah dilakukan ketika sesi latihan, kini terpulang kepada pemain," katanya.

                                Menurutnya, kekecewaan sebelum ini tidak perlu dikenang lagi sebaliknya perlu dijadikan pembakar semangat untuk berusaha lebih gigih menjinakkan Helang Merah.

                                Nwakaeme berkata, benteng diketuai Damion Stewart, Razman Roslan, Shahrizan Salleh dan Mohd Saiful Nizam Miswan termasuk penjaga gol Khairul Azhan perlu lebih bekerja keras menangkis asakan lawan.

                                Sementara itu, Stewart juga sudah bersedia membantu skuad Tok Gajah layak ke final Piala Malaysia.

                                Stewart meminta rakan di bahagian pertahanan mengekalkan prestasi konsisten dan tidak membenarkan lawan menembusi gawang.

                                "Saya harap segala-galanya memihak kepada kami esok. Kami mahu Piala Malaysia kekal di Pahang," katanya

                                - myMETRO


                                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                                  Labels:

                                  Sudah la Balotelli hitam, kini dikambing hitamkan pula..


                                  Lama aku tak update pasal Liverpool. Untuk pengetahuan semua, Liverpool kalah tempoh hari kepada Real Madrid dengan jaringan 0-3 oleh Benzema dan Ronaldo. Dan aku malas nak review sapa power, dan sapa hampes, tapi dalam kes nie, Liverpool memang hampes. Apa tidaknya, dekat Anfield pun kalah, payah la gini.

                                  Hari Sabtu lepas, lawan QPR pun struggle gila. Letih aku tengok game tersebut. Nasib menang. Memang nasib gila. uhuhu...


                                  Terkini, kes Balotelli tukar baju dengan Pepe pun nak kecoh. Tukar baju jer pun, bukan jual game. Memang diakui, dah 10 perlawanan, Balotelli bermain tanpa sebarang gol, tapi baru sepuluh perlawanan. Korang ingat tak semasa Diego Forlan main dengan Manchester Unted, satu musim tak score. Musim berikutnya, meletup gilos...


                                  Bagi aku, Balotelli sebenarnya dikambing hitam kan sebab dia tak perform, tambahan pula, tukar baju dengan Pepe dijadikan alasan. Ini semua semata-mata untuk menutup kelemahan pasukan Liverpool yang ternyata masih belum terjaga daripda lena, dan masih mengharapkan sentuhan Suarez.

                                  Haih...

                                  Tak mengapalah, kalau terus menerus menyalahkan Balotelli, tapi, kalau dah tak perform, apesal ko bagi jugak mamat nie main Rodger oooi. Borini ada, pakai la. Origi ada, bagi loan pulak, itu yang aku tak berapa faham.


                                  Sekarang, kita tengok pula percaturan Liverpool minggu ini. Nak pakai Balotelli lagi ka, atau guna Borini. Kalau nak pakai Lambert, aku lagi tak nampak camana dia hendak digunakan sebenarnya. Bagi jer Balotelli rehat, dan biar dia rasakan hunger for glory. Mana tau, reverse saiko macam tue menjadi ker.

                                  huhuhuh..

                                  Next game Liverpool vs Hull, pukul 10 malam. Channel mana, aku tak berapa tau sebab dah tak pakai Astro...



                                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                                    Labels:

                                    Agak-agak, berapa tiket yang Felda FC nak dapat erk..

                                    Keputusan minggu lepas, Felda 4-3 JDT
                                    Hahahhahaa...

                                    Nak tergelak rasa bila aku terfikirkan perkara ini. Bagi aku, isu tiket mungkin tak jadi masalah sangat sebab JDT akan menentang pasukan yang berstatus kelab, Felda FC. Mungkin, pasukan Felda FC tidak mempunyai fan based yang kuat, tetapi elok la jugak mereka diberikan tiket sekurang-kurangnya 100 keping.

                                    Aku menjangkakan, isu ini tidak menjadi masalah kepada kedua-dua pasukan kerana, JDT pun bermain di tempat sendiri, maka mereka memerlukan pemain ke 12 (peminat-peminat) untuk menang dalam perlawanan ini.

                                    Yang pasti, perlawanan kali ini, JDT akan sedaya upaya untuk menang dengan perbezaan jaringan sebanyak satu gol dan JDT akan layak ke pusingan akhir Piala Malaysia dengan jaringan ditempat lawan. Tapi, aku menjangkakan, JDT akan menghasilkan gol yang lebih. Aku rasa la.. 

                                    Apapun, aku mungkin tak tengok perlawanan ini, sebab nk tumpu perlawanan malam nie. Pahang vs Kedah di Darul Makmur. 

                                    entry pasal JDT dan Felda, tapi aku kempen Pulun Kedah Pulun..

                                    Hahahahhahah



                                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                                      Labels:

                                      32,500 tiket ‘licin’ tiga jam setengah


                                      Sebanyak 32,500 keping tiket perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang bertemu Kedah malam ini habis dijual dalam masa kira-kira tiga jam 30 minit di Stadium Darul Makmur, semalam.

                                      Biarpun kaunter jualan dibuka dari jam 10 pagi, peminat skuad Tok Gajah sudah berada di perkarangan stadium seawal jam 7 pagi untuk menyaksikan pertemuan dramatik bagi mengesahkan pasukan yang layak ke final piala berprestij itu.

                                      Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) Fuzzeimi Ibrahim mengesahkan keseluruhan 32,500 keping tiket yang diperuntukkan untuk separuh akhir kedua itu habis pada 1.30 petang.

                                      Katanya, ia turut membabitkan 5,000 keping tiket dijual di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

                                      “Kami bersyukur tiada kekecohan besar berlaku sepanjang tempoh jualan dan berharap aksi esok (malam ini) memihak tuan rumah.

                                      “Semuanya lancar dan pada masa sama kami harap tiada kekecohan sepanjang perlawanan,” katanya.

                                      Sementara itu, penyokong setia Hamsani Jamaluddin, 35, dari Indera Mahkota berasa bertuah apabila mendapatkan tiket aksi separuh akhir itu.

                                      Katanya, kehadirannya seawal jam 7 pagi tidak sia-sia kerana percaya Pahang mampu bangkit untuk membenam cabaran skuad Helang Merah.

                                      “Saya meyakini kebolehan pemain Pahang untuk bangkit walaupun tewas aksi pertama,” katanya.

                                      - myMETRO

                                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                                        Labels:

                                        Thursday, October 23, 2014

                                        World Cup 2018 - Venue-venue di Russia

                                        Russia menjadi tuan rumah pada World Cup 2018. Mari saksikan antara stadium yang akan di gunapakai.

                                        Luzhniki



                                        Zenit Arena



                                        Fisht Olympic Stadium



                                        Rotor Arena



                                        Baltic Arena



                                        Kazan Arena



                                        Sinara Arena



                                        Otkritie Arena (Stadion Spartak)



                                        Stadion w Rostowie



                                        Stadion Samara



                                        Stadion Yubileyniy Saransk



                                        Stadion Nizhny Novgorod



                                        Stadion Szynnika Yaroslavl



                                        VTB Arena







                                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                                          Labels: