Aku ingat, aku sorang ja perasan benda nie, tapi ada juga peminat-peminat bola sepak kebangsaan yang prihatin dengan apa yang berlaku. Memang kurang sangat-sangat liputan mengenai skuad Malaysia U-16 ini. Sedih aku rasa.
Pagi tadi, aku bukak Utusan, mengharapkan ada sedikit perkembangan berkenaan pasukan Malaysia U-16, tapi aku tak jumpa langsung info yang berkenaan. Aku bukan myMetro. Perkara yang sama juga kelihatan. Tiada berita yang langsung mengenai skuad masa depan Malaysia. Jenuh jugak la aku melayari alam maya mencari info yang berkenaan, tapi apa yang aku boleh jumpa hanyalah daripada lama web rasmi AFC U-16 Championship dan juga www.goal.com.
Sedih dengan apa yang berlaku. Kenapa perkara ini harus terjadi dikala kita sebagai rakyat Malaysia ternanti-nanti sinar harapan bola sepak Malaysia, tapi bila dah ada, tiada liputan pulak. Aku kecewa.
Permata negara Najib Abdullah (kiri), Kogileswaran (tengah) dan Najmuddin Samat (kanan) |
Apa yang aku nampak, pasukan Malaysia U-16 merupakan harapan negara dalam kancah bola sepak Malaysia. Menang perlawanan pertama menentang Thailand, kalah dengan Korea Selatan hanya dengan jaringan 0-1. Dan semalam, menang 2-1 menentang Oman. Walaupun kalah dengan Korea Selatan, tetapi hanya dengan jaringan 0-1. Malahan skuad Korea tersebut mempunyai pemain yang berlatih di BARCELONA. WOOOI... BARCELONA WOOOI... Ingat calang-calang ka pasukan Korea Selatan tersebut...
Aku nak tanya korang semua. Agak-agak lagi 8 tahun, kira-kira menjelang kejohanan Piala Dunia 2022, mungkinkah pemain yang sama di skuad Korea Selatan U-16 akan bermain di Piala Dunia 2022?? Dan korang rasa, bagaimana pemain kita yang kini dapat bersaing sama tinggi, sama kuat dengan Korea Selatan tapi pada tahun 2022 bagaimana?? Tepuk dada, tepuk dahi sekali. Aku malas nak cakap apa-apa.
Pagi tadi aku ada terbaca Twitter dari geng-geng Ultra Malaya. Apa yang aku jangkakan, dan apa yang mereka rasakan adalah sama. Korang baca lah sendiri tweet diorang.
Aku rasakan, sebab kurang liputan nie sebab tak berbayar. Dah tak bayar, buat apa nak buat liputan kan?? Kalau aku jumpa orang macam nie, memang aku sekeh kepala. Itulah masalah utama kita kat Malaysia ini. Berkenaan duit. Sebagai contoh, tiada hak penyiaran, so tak boleh siar walaupun yang bermain itu pemain Malaysia. Sebab apa? Duit. Sama juga macam Piala Thomas ari tue, masuk akhir, tapi tak boleh siar sebab tiada hak penyiaran. Sebab apa? Duit. Kalau semua benda nak siar mesti pakai duit, apesal aku tengok RTM macam tue jugak. Tak berkembang pun. Siaran tah apa-apa tah. Nampak macam tak pakai duit sangat, tapi nak membuat liputan mengenai pasukan Malaysia, ataupun berkenaan budak-budak main bola pun tak boleh, aku rasa, baik bubarkan aja lah RTM tue.
RTM, sebagai salah satu jabatan kerajaan, sepatutnya mengambil inisiatif menyiarkan apa-apa berita atau perkara mengenai Malaysia. Bola sepak ka, badmintan ka, ping pong ka, aku tak kisah. Tetapi apa yang berlaku sekarang, guna buget juta-juta, siar perlawanan tertunda sahaja.
Kita baru sahaja menyambut sambutan kemerdekaan yang ke 57. Siap dengan tema "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta", tapi nak cerita dan buat liputan pasai pasukan muda bola sepak negara pun payah, tak ke manalah kita akhirnya.
-luis Garcia-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop