Tuesday, September 9, 2014

AFC U-16 Championship: Malaysia Kalah kepada Korea 0-1


Ada berita nie keluar dalam news feed mana-mana tak? Rasanya macam tak ada jer. So, aku rasa berbangga kerana Stylo Sport menjadi tempat pertama yang menceritakan perkembangan terkini pasukan Malaysia U-16 di AFC U-16 Championship.





Kalah 0-1 jer. Tapi gol yang dijaringkan memang terbaik. Lima orang pemain Malaysia di goreng sehingga hangit dan kemudian menjaringkan gol. Pemain tersebut adalah Seung-Woo Lee, yang kini sedang berkelana di Barcelona.



Yang menariknya, kelincahan Seung-Woo Lee menjadi berita di Dailymail yang memuji kehebatan pemain korea itu mengoreng pemain-pemain Malaysia. Tapi Korea menang 1-0 jer. Kira power jugak la kan pasukan Malaysia U16 nie. Kini Malaysia di tangga kedua dibelakang Korea dengan 3 mata, Thailand ditempat ke 3 juga dengan tiga mata. Manakala Oman ditempat terakhir tanpa sebarang mata.



Apapun, semoga berjaya Team Malaysia. Malaysia U-16 akan bertemu Oman pada esok hari, jam 8.00 malam. Aku tak sure, Astro ambik live ker tak sebab perlawanan pertaman aritue ader.

-luis Garcia-



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget