Wednesday, September 10, 2014

Irfan Fazail vs Son Heung-Min, siapa yang paling hebat?




Hari ni aku tertarik dengan artikel dalam Taktikal BOLA Dunia mengenai apa yang dibincangkan, iaitu Malaysia U-16 dan South Korea U-16, dan perbandingan antara Irfan Fazail dan Son Heung-Min.

* * *

Ada bisik2 berkata "U16 mana boleh sama kan achievement dengan senior.level permainan mereka beza2"

Level permainan ikut cara didikan.betul cara didikan,maka gemilang jadinya pemain itu.

Ok.let say u16 Malaysia vs u16 Korea.(imagine kn)

Next 5 years,part of u16 team ini akan main Harimau Muda,berlatih di negara Eropah dalam satu pasukan,bermain dalam perlawananan persahabatan dan menagih ihsan kelab EPL utk take our player to the trial. Pasukan yang masih menumpu pada pingat emas Sukan SEA dan melepasi grouping Sukan Asia.

Compare dengan u16 Korea,pembangunan mereka akan berterusan dengan attachment pemain terbabit dengan kelab2 K-League.Pemain berpotensi akan dihantar ke Germany dan Belanda.?Kenapa dua negara ini?Sebab dua negara bagus dalam pembentukan akademi bola sepak pelbagai peringkat umur.Mereka heavyweight team Sukan Asia,top contender layak ke Sukan Olimpik disamping Jepun,dan sebahagian mungkin akan mewakili senior team ke Piala Dunia

itu ceritanya. 


Irfan Fazail


Son Heung-Min

Ambil contoh lagi.Irfan Fazail(23 tahun) dan Son Heung Min (22 tahun).Keduanya cukup bebakat dari usia belasan tahun lagi,tapi laluan mereka berbeza.Kami percaya di usia belasan tahun,dua pemain ini tak jauh berbeza,cuma lepas zaman belasan itu,Son menyusuri laluan ciptaan KFA yang lebih komprehensif,maka lahirlah bintang utama Bayern Leverkusen,slps mnyinar di Hamburg SV

Irfan Fazail,diserap ke Harimau Muda,berlatih di Slovakia,habis umur,main untuk kelab Malaysia.

Ya,mungkin penghijrahan ke luar negara satu beban buat anak muda kita.masalah bahasa,cuaca,makanan,agama,semua diambil kira.tp bola sepak perlu pengorbanan.untuk maju tiada yang mudah.jika kamu terasa jerihnya usaha,nikmatilah manis berjayanya.bola sepak satu kerjaya lumayan,bukan semua org ada bakat bermain bola sepak.tapi cukup terkilan,bakat yang ada disia-siakan.

Majulah Bola Sepak Untuk Negara
. sumber: Taktikal BOLA Dunia.

* * *

Sememangnya apa yang dikatakan oleh admin tersebut adalah sangat bernas. Memang aku kagum dengan daya intelektual admin tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia ada pelapis pemain bola sepak yang berbakat, cuma tiada saluran yang betul-betul boleh menggilap bakat mereka.




Jika kita tengok pembangunan bola sepak Jerman, dari zaman Mario Goetze kencing bercabang lagi dah set up gila-gila. Hasilnya, tahun 2014 muncul Juara Piala Dunia.

Pasukan U-16 South Korea ni dalam 5 tahun akan datang mesti sorang dua akan masuk team senior untuk Piala Dunia. Adakah option pemain-pemain muda kita ini akan menjadi terhad jika berada di tahap tinggi? Mestikah mereka perlu bermain di Liga Super baru diambil peduli?

Kita mempunyai intan permata, tetapi kita tidak tahu menggilap dan membentuk. Hasilnya, ia kelihatan seperti batu-batu biasa saja tanpa nilai.

Akhir sekali, majulah sukan Bola Sepak untuk Malaysia.

-bergkamp-
-credit kepada: Taktikal BOLA Dunia.






Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget