Menarik dan terbaik di dalam usaha untuk memartabatkan sukan bola sepak ke satu fasa yang lebih baik. Nak mengharapkan FAM, aku tak tahu la sampai bila. Last-last, persatuan negeri kena ada inisiatif sendiri. Sekalung tahniah kepada PBNJ, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor. Walaupun nanti ada suara-suara sumbang yang akan mempertikaikan cara dan orang yang terlibat, tetapi sekurang-kurangnya mereka menggunakan segala saluran yang ada untuk memperkasakan sukan tercinta, sukan bola sepak.
Tahniah juga kepada FAM kerana buat tak reti sahaja.
hahahhahah....
Berita daripada Utusan.
JOHOR BAHRU - Pasukan selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah memeterai persetujuan dengan kelab La Liga Sepanyol, Valencia untuk beberapa aspek bermula musim hadapan bagi meningkatkan lagi mutu pasukan tersebut bagi menghadapi Liga Malaysia.Menurut laman web rasmi Harimau Selatan, persetujuan itu dicapai antara Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pengerusi Valencia CF, Peter Lim yang merupakan jutawan Singapura."Kerjasama antara PBNJ dan Valencia CF itu bertujuan untuk membantu bola sepak negeri Johor dari aspek pembangunan dan pengambilan pemain secara pinjaman."Selain itu, kerjasama bermula musim hadapan itu turut memberi peluang kepada pemain muda di bawah PBNJ untuk menjalani latihan bersama pasukan bola sepak Sepanyol tersebut," menurut kenyataan itu.Sebelum itu, laman web johorsoutherntigers.com.my turut memberitahu, PBNJ juga telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dengan kelab bola sepak Guangzhou R&F FC yang bermain dalam Liga Super China.Kerjasama antara PBNJ dan kelab bola sepak di China itu juga bertujuan untuk projek pembangunan bola sepak pasukan JDT dan JDT II pada masa hadapan.Sementara itu, latihan pasukan juara Liga Super itu yang bakal bermula esok bagi perlawanan Piala Malaysia menentang Terengganu awal bulan hadapan sedikit terganggu apabila kekurangan tiga tonggak utama yang mewakili negara ke Sukan Asia.Jurulatih JDT, Bojan Hodak berkata, ketiadaan tiga pemain utama iaitu iaitu ketua pasukan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Fadli Shas dan Izham Tarmizi pastinya merencatkan persiapan mereka sebelum Terengganu, tetapi pihaknya akur dengan situasi terbabit."Kami akan melakukan persiapan dengan menggunakan pemain sedia ada dan pihak pengurusan akan menilai pemain lain yang sedia diturunkan menentang Terengganu nanti," katanya kepada Utusan Malaysia.
Ini pula dari Yahoo Sport
Dan ini komen daripada FAMThe Johor Football Association (PBNJ) have released an official statement revealing that the club have reached an agreement with Spanish side Valencia CF to work closely together to develop football in Johor.Via their official website, PBNJ stated that the agreement was made possible after the efforts made by PBNJ president Tunku Ismail Sultan Ibrahim, and the president of Valencia CF, Peter Lim.Quoting from Bernama, PBNJ said “Both Tunku Ismail and Peter Lim have agreed to collaborate in developing football in Johor, sending players to train with Valencia CG and sign players on loan for next season.”This agreement is yet another step made by Tunku Ismail to bring Malaysia football to another level, by having a link-up with a prominent Spanish club such as Valencia CF.Peter Lim, a Singaporean stockbroker and investor, is close to taking over Valencia CF with a 70% controlling stake in the club.Johor Darul Ta’zim (JDT) are currently one of the most rapidly growing clubs in the M-League, recently winning the 2014 MSL title.JDT have also been known to sign top foreign players to play for them, such as Pablo Aimar. TMJ also confirmed recently that they are in talks to sign Milan's Fernando Torres in 2016.BY NIK AFIQ
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Oh tiada komen daripada FAM.. Hahhahahahaha
-luis Garcia-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop