Friday, September 12, 2014

Apabila pemain bola pendek


Lawak pula wa tengok aksi Sneijder ni. Sebab maskot tinggi lebih kurang dia, dengan muka tak bersalah dia berganjak dari tempat dia. Akibatnya, Belanda bungkus lawan Republik Czech. Sneijder ni boleh di kategorikan sebagai antara pemain yang terendah la. Tinggi dia 1.70 cm. Macam orang Asia je. Tapi ada yang lagi rendah, iaitu Matheiu Valbuena. Tinggi 1.67 cm. Tapi lari macam lipas kudung. 


Antara pemain yang pendek atau kita jaga hati dia, kita cakap la pemain yang kurang inci:-

5) Samuel Peter Lee - 1.57m


Sammy Lee la ni jadi coach dekat Southampton. Pasukan pertama dia, Liverpool dari tahun 1975 - 1986.

4) Jafal Rashed Al-Kuwari - 1.55m


Jafal ni tua dah. 41 tahun. Main kat kelab Al Sadd. Da pun bersara pada 2009.

3) Marcin Garuch - 1.55m


Tengok gambar ni macam rupa orang kerdil ja. Umur dia 25 tahun. Muda lagi kot. Main untuk kelab di Poland, Miedz Legnica.

2) Daniel Alberto Villalva Barrios - 1.54m


Pemain berumur 22 tahun ni main untuk Argentina U17. Tengok gambar ni. Macam mana dia nak ligan mamat ni. Kena ketis la jawabnya.

1) Élton José Xavier Gomes - 1.54m


Elton berasal dari Brazil dan main di kelab Al-Fateh. Nun kat Arab sana. 



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget