Monday, September 8, 2014

Gabriel Batistuta merayu agar KAKINYA DIPOTONG.



Bila sebut tentang Gabriel Omar Batistuta atau Batistuta ni semua peminat bola sepak pasti kenal. Kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan bola sepak tu, cuba la anda ambil tahu sikit pasal legend Argentina ni. Pasti tak akan menyesal. Mana tak nya, gelaran Batigoal (bukan badigol) yang Batistuta dapat ni bukan hanya gelaran semata-mata, tapi gelaran yang berdasarkan rekod beliau di arena antarabangsa dan kelab.


Terbaru, bekas bintang Fiorentina dan Roma ini telah membuat permintaan yang gila kepada pakar Orthopedic Dr. Avanzi (pakar tulang) supaya memotong kakinya yang dikatakan terlalu membebankan serta mengundang kesakitan yang keterlaluan. Kerana kesakitan ini, Batistuta tidak dapat berjalan seperti biasa.


"Saya berjumpa dengan Dr Avanzi dan memberitahu permintaan saya. Dr hanya melihat muka saya dan berkata "kamu sudah GILA''.

Batistuta yang tidak tahan dengan kesakitan yang menggila itu membuat pengakuan yang hanya kaki seperti Oscar Pistorius sahaja yang boleh menjadi penyelesaian.

Oscar Pistorius bersama kaki palsunya



Walaupun permintaan Batistuta dikatakan keterlaluan, medical profesional memilih untuk meletakkan skru pada buku lali kerana cartilage dan tendon yang makin menipis. Ahli sukan mana-mana pun yang bergiat dalam bola sepak dikatakan 50% akan jadi seperti ini, sama ada lutut atau buku lali.

Ahli sukan sekalian, main tu main jugak, tapi tengok la sama kesihatan diri untuk masa akan datang. Badan nak guna lama, beringat la sama. Huhu~

-bergkamp-


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget