Monday, September 8, 2014

Bola Sepak: Saiz dan Spesifikasi

Kali ini, aku nak cerita sikit spesifikasi sebiji bola. Ada yang tahu, ada yang tak tahu, ada pula yang tahu sepak sahaja, tapi tak tahu apa sebenarnya bola itu sendiri. So, aku cuba ceritakan apa itu bola.


The three official soccer ball measurements: size 3, 4, & 5
Sebiji bola yang digunakan dalam liga Pro mahupun dalam pertandingan FIFA dipanggil "saiz 5". Berikut merupakan spesifikasi sebiji bola:

  • Ukur lilit: 27-28 inci (69-71 cm)
  • Berat: 14-16 oz (400-450 grams) 
  • Tekanan udara: antara 8.5-15.6 PSI
  • Diameter: 8.6-9 inci (22-23 cm)
  • Radius: 4.3-4.5 inci (11-11.5 cm)
Walau bagaimanapun, bola bersaiz 5 niebukan digunakan sepenuhnya dalam permainan bola sepak. Ini disebabkan bola sepak terdiri daripada beberapa kategori dan dimainkan oleh pelbagai lapisan dan peringkat umur. Sebagai contoh,

A. Untuk peringkat umur,
  • U-6, U-7, & U-8: Saiz 3 merupakan bola yang sesuai untuk kanak-kanak. Dengan hanya ukur lilit hanya sekitar 23-24 inci dan berat 11-12 ounce. Size 3 merupakan bola terkecil jika digunakan dalam perlawanan rasmi.
  • U-9, U-10, & U-11: Saiz 4 merupakan saiz standard untuk kanak-kanak di peringkat 9 ke 11 tahun. Dengan hanya ukur lilit hanya sekitar 25-26 inci dan berat 11-13 ounce.
  • U-12, U-13 & up: Saiz 5, saiz standard utk peringkat umur 12 tahun keatas dan antarabangsa

B. Saiz bola untuk sukan bola sepak selain Bola padang.A comparison of the dimensions of a beach soccer and futsal ball
  • Bola Sepak Tujuh Sebelah: Dimainkan menggunakan bola bersaiz 5, tetapi hanya menrangkumi 7 pemain sahaja. Dimainkan di padang bola.
  • Bola Sepak Pantai: Saiz bola yang sama, saiz 5, tetapi lebih ringat daripada biasa dengan keberatan 14-15½ ounces sahaja. Bola ini sekalunya mempunyai warna yang unik daripada yang biasa.
  • Futsal: Bola bersaiz 4 digunakan untuk permainan futsal. malah, bahan yang digunakan lebih tahan lasak kerana penggunaanya yang lebih di permukaan padang yang lebih kasar daripada padang rumput.
  • Bola Sepak Indoor : Seperti futsal, saiz bola yang digunakan adalah saiz 4. Namun, bola yang digunakan untuk idoor lebih mudah melambung berbanding futsal.

Jadi, sedikit sebanyak sudah aku ceritakan mengenai specifikasi sebiji bola. Jadi, kepada ibu bapa yang mahu anak-nak mereka bermain atau beriadah dengan bermain bola sepak, pilihlah bola yang sesuai dengan penggunaannya yer..

Recent Comments Widget