Tuesday, June 10, 2014

Steven Gerrard cedera menjelang World Cup 2014


Kapten England, Steven Gerrard dilihat tidak melakukan sepenuhnya sesi latihan di Rio semalam disebabkan tercedera di pangkal paha.

Gerrard dilihat hanya melakukan sedikit senaman dan larian sebelum masuk semua ke tempat rehat untuk skuad England.

Menurut laporan BBC, Gerrard dilihat tidak mempunyai masalah untuk bermain ketika perlawanan pembukaan menentang Itali pada hari Sabtu ini.

Dinyatakan bahawa kecederaan pangkal paha yang dialami Steven Gerrard tidak begitu serius, namun pemain yang berumur 34 tahun tersebut dilihat akan terus dipantau oleh staf kesihatan pasukan sebelum perlawanan pembukaan nanti.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget