Tuesday, June 10, 2014

Sepanyol bakal mengalami nasib seperti Manchester United??

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib dilihat bersama-sama merancakkan kehangatan demam Piala Dunia dengan menyokong Sepanyol. Standard la. Dia mesti sokong pasukan juara sepertimana dia menyokong Manchester United. Kini Manchester United bukan lagi juara, dan aku risau, Sepanyol akan mengalami nasib yang sama.

Hahhahaha... 

Jangan marah aaa... saja melawak pagi-pagi nie. Hal bola sepak jer pun. Hehehheeh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) menjangka juara dunia, Sepanyol akan mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya empat tahun lalu dalam kejohanan Piala Dunia di Brazil yang akan bermula Jumaat ini.
Jelasnya, meskipun Sepanyol bukan pasukan pilihannya, beliau tetap merasakan kualiti yang ada pada juara Eropah itu akan membantu mereka mengekalkan kejuaraan pada edisi kali ini.
"Secara sentimentalnya saya menyukai England, tetapi merasakan mereka tidak akan menang.
"Saya meminati corak permainan Brazil, namun saya memilih Sepanyol akan menjuarainya berdasarkan kualiti pasukan mereka. Apapun sukar diramalkan siapa yang akan menang," katanya semasa sesi dialog bersama Perdana Menteri dalam persidangan Invest Malaysia 2014 di sini semalam.
Soalan itu diajukan oleh bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Datuk Seri Johan Raslan yang menjadi hos sesi itu.
Piala Dunia 2014 akan membuka tirai pada awal pagi Jumaat waktu Malaysia dengan perlawanan pertama mempertemukan Brazil selaku pasukan tuan rumah, yang merupakan juara lima kali, menentang Croatia.
Sepanyol pula akan menentang Belanda pada perlawanan pertamanya.
Brazil merupakan pasukan pilihan kejohanan yang mengetuai Kumpulan A manakala Sepanyol pasukan pilihan dalam Kumpulan B.
Kedua-dua pasukan berpotensi untuk bertemu antara satu sama lain seawal pusingan kedua peringkat 16 pasukan terakhir jika dua pasukan itu menamatkan pusingan peringkat awal dengan menduduki tempat pertama dan kedua kumpulan masing-masing.

 
Sumber: Utusan Malaysia

-luis Garcia-
Recent Comments Widget