
Desas-desus bermula apabila David Villa tidak akan menyambung kontraknya bersama Atletico Madrid dan berita ini sedikit sebanyak menarik perhatian kelab-kelab besar EPL termasuk Manchester City.

Tetapi, David Villa mengambil keputusan untuk menyertai kelab di Amerika Syarikat, New York City FC dan telah menghampakan semua peminat bola sepak di EPL yang ingin melihat David Villa di EPL.

David Villa telah menandatangani kontrak bersama New York City FC setelah berakhirnya perlawanan Final Champion League. Dengan kontrak selama 3 musim, David Villa merupakan pemain pertama New York City FC dan berkemungkinan besar, Frank Lampard akan mengikut jejak David Villa kali ini.
-bergkamp-
No comments:
Post a Comment