Saturday, June 7, 2014

Manchester City berjaya mendapatkan midfielder kental



Manchester City sememangnya penuh dengan pemain midfielder mereka yang begitu kuat dan hebat. Disebabkan mereka mempunyai kualiti midfielder yang baik seperti David Silva, Yaya Toure dan Fernandinho, mereka berjaya menggondol trofi EPL.

Namun, hasrat Manchester City tidak sampai ke situ sahaja. Terbaru, Manchester City berjaya mengikat seorang lagi midfielder kental dari FC Porto, Fernando. dengan harga sebanyak 14.5 juta pound.

Fernando

Fernando merupakan midfielder sejati, yang bermain lebih kepada defensive midfielder. Dengan Fernandinho dan Fernando di bahagian defensive midfielder, duo Brazil ini pasti akan memberikan impak berkesan kepada skuad Manuel Pellegrini musim hadapan.

Bukan itu saja, Manchester City juga bersedia untuk membida Eliaquim Mangala dan bersedia menunggu selepas piala dunia untuk mendapatkan Mangala.

Eliaquim Mangala

Nampaknya Manchester City memang bersungguh-sungguh mencari pemain midfielder yang baru selepas performance Javi Garcia tidak bergitu meyakinkan Pellegrini.
-bergkamp-
Recent Comments Widget