Thursday, April 17, 2014

Everton Kalah, Arsenal Girang


Team effort: Joel Ward (second left) hugs goalscorer Dann following the centre back's header
Crystal Palace

Fuhhh, admin rasa lega sikit bila Everton kalah dengan Crystal Palace. Sebab apa lega? Sebab Arsenal masih Top 4 EPL. Hehe. Tapi beza satu mata saja dengan Everton, bermakna game-game seterusnya Arsenal wajib menang untuk ke slot Champion League musim depan.

Arsenal melangkah ke Final FA Cup, dan Top 4 EPL masih dalam jangkauan. Everton pula ternyata terkejut dengan kekalahan ini. Tekanan semakin dirasai untuk kedua-dua pasukan. Mana taknya, Arsenal ingin mengekalkan rekod Top 4 EPL dan Champion League, manakala Everton ingin merasai nikmat Champion League buat kali pertama.

Dalam perlawanan ini, Crystal Palace ternyata bermain dengan baik. Mengejutkan tuan rumah Everton dengan gol pertama dari Jason Puncheon pada minit ke-23 dan Scott Dann pada minit ke-49.

Strike: Jason Puncheon shoots past Everton trio Sylvain Distin, Gareth Barry and Seamus Coleman to score
Jason Puncheon menjaringkan gol pertama
At the double: Scott Dann heads downwards to put Palace 2-0 up against top four hopefuls Everton
Tandukkan Scott Dann menghasilkan gol kedua Crystal Palace

Everton sama sekali tidak berputus asa. Steven Naismith yang agak cemerlang pada musim ini mengambil peluang dengan menjaringkan gol pada jarak dekat pada minit ke-61. Everton ternyata masih ada peluang ketika itu.

Back in it: Everton substitute Steven Naismith nips in to stab the ball home on the hour mark to make it 2-1
Steven Naismith menjaringkan gol
Namun, Crystal Palace tidak begitu bermurah hati melepaskan defisit gol dengan mudah. Penyerang berpengalaman Cameron Jerome menjaringkan gol dengan melepaskan rembatan pada minit ke-73 hasil hantaran Jason Puncheon. Gol tersebut menyentak hati penyokong Everton di Goodison Park.

Job done: On loan striker Cameron Jerome scores Palace's third during the 3-2 victory over Everton
Cameron Jerome untuk gol ke-3 Crystal Palace
Gol Kevin Mirallas pada minit ke-86 hanya sekadar sagu hati saja. Crystal Palace berjaya melebarkan sayapnya di Goodison Park, Arsenal ternyata perlu berterima kasih kepada Palace kerana berjaya mengekang Everton. Hehe~

Leaving it late: Kevin Mirallas scores late on to give Everton hope but an equaliser failed to materialise
Kevin Mirallas untuk gol ke-2 Everton

-sumber gambar: dailymail-

-bergkamp-



Recent Comments Widget