Ketua jurulatih pasukan berbasikal Malaysia, John Beasley kelihatan berang dan tidak berpuas hati dengan perancangan kewangan MNCF (Malaysian National Cycling Federation).
Pada ketika ini, pasukan kebangsaan berjaya mendapat dua emas, tiga perak dan empat gangsa daripada Kejohanan Berbasikal Asian, namun sebelum itu mereka terkandas di lapangan terbang Melbourne selama 2 jam sebelum berlepas ke Thailand disebabkan tiket yang belum dibayar.
Namun, setelah tiba di Nakhon Ratchasima, Thailand, mereka terpaksa menginap di hotel yang 20 kilometer daripada Velodrome disebabkan hotel yang berdekatan, yang sepatutnya mereka tinggal, deposit masih tertunggak.
John Beasley sangat tidak berpuas hati dan tidak gembira dengan keadaan yang berlaku. Malah dia menyalahkan Aizad Othman yang merupakan penolong peribadi presiden yang menjadi punca terhadap segala kesulitan yang dialami.
"Perkara ini berlaku apabila dia mengurus pasukan. Malah, kejadian seperti ini seringkali berlaku apabila dia menguruskan perkara seperti ini."
"Inilah yang akan terjadi apabila mereka yang berkemampuan boleh menjalankan kerja yang baik diabaikan dan orang seperti dia ini diberikan tugas tersebut. Dan inilah jadinya. Malah saya tidak keberatan menyatakan namanya - Aizad Othman."
"Saya tak kisah apa yang akan berlaku kepada saya. Beritahu sahaja kepada persatuan, supaya orang seperti ini keluar."
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit