Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil keputusan untuk tidak menggunakan lagi Stadium Merdeka kerana disahkan tidak selamat.
Selepas beraksi menentang Kuala Lumpur dalam pembukaan Liga Perdana Jumaat lalu, skuad Sabah telah mengkritik hebat keadaan padang stadium tersebut.
Hal ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam penjelasan surat yang telah dikeluarkan untuk mencari cara baharu menjadi gelanggang tuan rumah.
Selain itu, FAM diminta membuat sekali lagi pemeriksaan apabila dibaikpulih KLFA dan mencadangkan agar KLFA menggunakan gelanggang lain di lokasi yang sesuai seperti Stadium UiTM, Shah Alam ataupun Stadium Hang Jebat di Melaka untuk pertandingan Liga Perdana.
Tambahan lagi, Setiusaha Agung KLFA, Ramlan Askolani menyatakan beliau telah menerima surat daripada FAM dan memutuskan untuk beraksi di Stadium UiTM menentang PKNS FC pada perlawanan kedua hari Jumaat ini.
~dunia sukan~
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit