Monday, January 12, 2015

Manchester City datang Johor!!


KUNJUNGAN MANCHESTER CITY UNTUK TUJUAN USAHA SAMA BERSAMA JDT

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah menerima kunjungan rasmi daripada wakil Manchester City iaitu Mr Damion Willoughby merangkap Naib Presiden , Mr Francisco Lopez selaku Pengarah Pemasaran dan juga Mr Stepen Cieplik selaku Pengarah Urusan Jualan (Cawangan Asia Tenggara). Kunjungan tersebut yang bertujuan untuk menjalinkan usaha sama antara kedua pihak telah mendapat perkenan daripada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ. 

Dengan usaha sama yang bakal terjalin seperti memberi khidmat teknikal dari aspek pembangunan serta memantau bakat muda untuk diserapkan ke pasukan JDT dari Eropah, Asia dan Amerika Latin, ianya akan menambah satu lagi projek pembangunan sukan bola sepak Johor yang akan mensasarkan kepada program pembangunan yang pastinya akan turut menguntungkan bola sepak negara untuk jangka masa panjang. Luaskan Kuasamu Johor!

~johorsouthertigers~


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget