Wednesday, December 3, 2014

Toni Kroos: 951 hantaran, 93.5% ketepatan. Terbaik di La Liga.


Toni Kroos kini boleh dikatakan antara yang terbaik... bukan antara lagi, sememangnya terbaik di La  Liga dengan 951 hantaran dan setiap hantaran yang dilakukan, 93.5% adalah tepat. Malah dengan angka tersebut, pemain kebangsaan Jerman ini kini yang terbaik di La Liga.
 


Jikalau dibandingkan dengan angka-angka hantran lain dari pemain kelab-kelab lain, Kroos berjaya mengatasi beberapa pemain seperti Roberto Trashorras Gayoso, Rayo Vallecano (jumlah hantaran 885 dan ketepatan 86.7%), Gustavo Daniel Cabral, Celta Vigo (757 hantaran dan ketepatan 85.1%) dan Rakitic, Barcelona (750 hantaran dan ketepatan 90.1%). Namun begitu, Xavi daripada Barcelona adalah pemain yang mempunyai hantaran 492 dengan ketepatan 93.3%. Angka yang tak juah beza berbanding Kroos.





Sungguhpun rekod permainan Kroos sangat memberangsangkan, namun jangan dilupa yang bukan semua perlawanan Real Madrid, Kroos bermain sepanjang permainan. Sehingga sekarang, 13 perlawanan liga telahpun berlangsung. Pada minggu ke 7, dan ketika perlawanan menentang Athlentic, Kroos telah digantikan pada minit ke 73, begitu juga pada minggu ke 8, Kroos digantikan pada minit ke 68. Namun, angka hantaran dan ketepatan masih tidak dapat ditandingi pemain di La Liga.


Sememangnya, pembelian Real Madrid sangat-sangat berbaloi dan memadai dengan harga yang diletakkan.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget