Wednesday, December 3, 2014

Geng. Game pukul 8.00 malam. Bukan 8.45 malam.


Geng. Jangan lupa hari Ahad nie. Jangan lewat pulak sebab sebelum ini diorang cakap kul 8.45 malam. Jadual dah tukar bro.. Kita masuk awal sikit malam tue. Magrib dalam stadium. Bawak kain lebih takut surau penuh. Kita jemaah kat kuar jer la bro...

Berikut berita yang dikhabarkan Utusan,
Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memutuskan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dengan Vietnam di Stadium Shah Alam Ahad ini bermula pada pukul 8 malam.

Setiausaha Agung AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, waktu itu ditetapkan kerana perlawanan tersebut berstatus antarabangsa dan perjanjian juga telah dibuat oleh pihak penganjur dengan pemilik hak penyiaran luar negara.

“Masa perlawanan telah ditetapkan dari awal dengan pihak televisyen luar negara yang mana mereka telah menempah waktu itu.

“Sebelum sepak mula lagi masa tersebut telah pun dipersetujui oleh semua pihak,” kata­nya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, badan induk itu akan mengadakan mesyua­rat dengan pihak polis esok berkaitan urusan keselamatan sepanjang perlawanan tersebut.

“Setakat ini kami sasarkan sebanyak 1,000 anggota polis untuk mengawal keadaan. Bagaimanapun, memandangkan kapasiti Stadium Shah Alam sebanyak 70,000 orang, maka kami akan pertingkatkan. Kami akan bermesyua­rat bersama mereka (pihak polis) Khamis ini.

“Kali ini, pihak keselamatan akan membuat dua lapis pemeriksaan ke atas penyokong yang hadir dan saya harap tiada barangan terlarang dibawa masuk ke dalam stadium. Pintu stadium akan dibuka se­awal pukul 5.30 petang pada hari perlawanan,” katanya.

Sementara itu, katanya, pasukan Vietnam akan tiba di Kuala Lumpur hari ini dan akan memulakan sesi latihan pada hari ber­ikutnya, sama ada di Wisma FAM atau padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Mereka (Vietnam) juga akan berlatih di padang Stadium Shah Alam pada Sabtu ini. Harimau Malaya sudah memulakan latihan di sana hari ini (semalam),” tambahnya.


- UTUSAN

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget