Monday, November 3, 2014

Van Gaal vs Moyes - Siapa lebih bagus?


Setelah 10 perlawanan di lalui, Manchester United kini bukan berada di landasan terbaik. Ternyata Van Gaal masih belum menemui taktikal terbaik United.

Seperti tradisi sebelumnya, semenjak era kebangkitan Manchester City, Manchester United begitu susah untuk menumpaskan jirannya itu terutama sekali di laman sendiri Manchester City. Corak counter attack Manchester City sememangnya harus di puji dengan tempo yang laju dan memenuhi ruang yang ada dengan ketepatan hantaran.

Nasib Manchester United agak malang dengan bermain 10 pemain (seperti pasukan Pahang :) ). Namun bolos 1 gol tidaklah di anggap begitu teruk. Jika ada orang bertanya tentang kekalahan pasukan Red Devils ini, pastinya jawapan klise " Biasalah, main 10 orang. Confirm kalah. Lainlah pasukan Pahang.....)

Namun dari segi prestasi jurulatih, nampaknya Moyes lebih "bagus sedikit" dari Van Gaal. Moyes ternyata kurang di beri ruang di Manchester United dan hanya mampu bertahan 1 musim dengan berada di kedudukan ke-7 liga.

Tidak seperti Van Gaal, expectation yang tinggi telah di berikan kepadanya. Dengan kata-kata yang boleh di katakan "agak sombong" sebaik melangkah masuk menjadi jurulatih Red Devils, namun "wow factor" masih belum ada di skuadnya. Van Gaal telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli pemain bintang, namun masih juga malap dan gagal memberikan impak.

Ketika Moyes mengambil alih, dia hanya menggunakan sumber yang ada dan hanya membeli pemain yang "di rasakannya perlu" sahaja. Dan fokus utama Moyes ialah "jangka panjang". Manakala fokus utama Van Gaal ialah "jangka pendek". Dan bagi peminat pula, mereka "gagal menjangka" ini akan terjadi walaupun satu nama jurulatih yang gah mengendali pasukan kesayangan mereka. Apa yang mereka jangkakan ialah dengan status jurulatih yang gah, pastinya akan berlaku sesuatu yang "WOW!!! Inilah pasukan Red Devils!!! 

Tapi apakan daya, masa tak akan kembali...hancur musnahlah.....semuanyaaaaaaaaaaaaaa.......


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget