Thursday, November 20, 2014

Sudarsono Osman menerima baik teguran TMJ


Pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Sudarsono Osman menerima baik teguran daripada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim namun berpendapat itu tidak sewajarnya dilakukan menerusi media.

Kelmarin, Tunku Ismail yang juga Penasihat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, sikap pihak pengurusan tidak profesional menjadi punca kemerosotan skuad bola sepak negara dan mengesyorkan agar FAM me­lantik individu yang komited untuk menguruskan skuad kebangsaan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, dalam sidang akhbarnya di Johor Bahru kelmarin turut menegur Sudarsono yang menurutnya tidak bersama skuad Harimau Malaya ketika mereka menjalani latihan di Johor Bahru selama beberapa hari awal bulan ini.

Sudarsono yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), berkata dia bersikap terbuka dengan teguran oleh Tunku Ismail, namun berpendapat adalah lebih baik jika disampaikan menerusi saluran yang betul.

“Apa yang Tunku Ismail tegur itu saya terima dengan ikhlas, (tetapi) sebaik­nya Tunku Ismail menyuarakan mengikut saluran yang betul dan bukan secara terbuka.

“Tunku Ismail ada jawatan di FAM dan beliau sebenarnya boleh menyalurkannya menerusi saluran sedia ada,” katanya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, sewaktu sesi latihan pasukan negara di Johor Bahru baru-baru ini, beliau terpaksa ber­ada di Kuching, Sarawak bagi memenuhi komitmen tugas.

“Bagaimanapun, saya cuba me­ngambil tahu dengan sentiasa berhubung dengan pihak jurulatih bagi memantau kemajuan pasukan negara.

“Dalam bola sepak Malaysia, tugas pengurus tak sama macam di Eropah. Pengurus di sana sama dengan ketua jurulatih di sini.

“Ketua jurulatih bertanggungjawab melatih dan memilih pemain serta merancang apa yang terbaik untuk pasukan manakala pengurus pasukan di sini hanyalah perantara antara pengurusan FAM dan pasukan,” jelasnya.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget