Wednesday, November 19, 2014

Pemilihan skuad bola sepak Malaysia tidak berpandangan jauh. Sekadar untuk AFF Suzuki Cup 2014 sahaja.


Semalam aku dengar yang pemilihan skuad Malaysia ke Kejohanan AFF bukan dari Abg Dol semata-mata, tetapi ia dipengaruhi oleh orang dalaman FAM itu sendiri. Sama ada betul atau tidak, aku pun kurang pasti. Kalau lah betul ia berlaku, maka kesian Abg Dol. Kalau pula skuad sekarang ini mememangnya dari kaca mata Abg Dol semata-mata, aku lagi bertambah kesian. Kerana apa? Apa tidaknya, kerana ini secara sedar atau tidak memperlihatkan ketidakpekaan Abg Dol sendiri dalam menilai prestasi pemain-pemain dalam Liga Malaysia.

Teringat aku bila Kecik (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria) dan Messi Kedah (Mohd. Farhan Roslan) digugurkan disebabkan kurangnya pengalaman mereka dalam arena antarabangsa. Aku akui yang mereka ini masih muda, dan memang kurang berpengalaman. Tapi daripada perspektif lain, tindakan itu seolah-olah satu tindakan "backward" atau tindakan songsang. Apa tidaknya, pada ketika pasukan-pasukan lain berlumba-lumba memperkenalkan pasukan remaja untuk masa depan, kita menggugurkan pemain-pemain muda.

Sebagai contoh, kita ambil pasukan Thailand. Pasukan Thailand mengekalkan pasukan mudanya yang beraksi pada sukan Sea yang lalu yang mana pengendalinya, Kiatisuk Senamuang bertanggungjawab terhadap pasukan. Yang menariknya, pemain sensasi Thailand, Teerasil Dangda, penjaring terbanyak AFF Suzuki Cup 2012 yang kini bermain bersama pasukan La Liga, Almeria, tidak pula dipanggil untuk kejohanan AFF Suzuki Cup 2014. Maknanya apa? Maknanya Thailand melihat kejohanan ini sebagai pendedahan terbaik kepada skuadnya. Ini disebabkan, Thailand mensasarkan kejohanan yang besar seperti Kejohanan Sukan Asia, ataupun kempen kelayakan Piala Dunia sebagai sasaran. Malaysia bagaimana? AFF pun dah nampak gah...

Sebab tue, apabila senarai penuh pemain Malaysia dikeluarkan, aku tak faham apa sebenarnya yang dirancangkan oleh Abg Dol. Adakah beliau melihat skuad ini sekadar mencapai KPI beliau iaitu hanya di AFF Suzuki Cup 2014?? Sekiranya AFF Suzuki Cup 2014 adalah KPI Abg Dol, maka tak ke manalah skuad negara kita.

Apapun, kita doakan skuad Malaysia berjaya dalam AFF Suzuki Cup 2014 nanti walaupun pada hakikatnya, aku tidak menaruh harapan yang tinggi kepada skuad kendalian Abg Dol.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget