Wednesday, November 19, 2014

Kedah FC kini ditaja Warrix.


Berita terkini daripada Persatuan Bola Sepak Kedah, kini pakaian dan jersey Kedah FC akan ditaja oleh Warrix. Aku rasa tak semua orang tahu pasal Warrix nie kerana bagi orang Malaysia, mereka lebih mengenali Puma, Nike, Adidas yang mana brand-brand nie memang dah terkenal diseluruh dunia. Tapi Warrix nie apa pula?


Kalau korang nak tahu, Warrix ini merupakan produk sukan yang berpengkalan di nakhonpathom, Bangkok, Thailand. Ya, produk Thailand. Korang ingat cikai ker produk Thailand, bagi aku antara terbaik juga. Tak payah cakap banyak la, sebab Warrix ini juga turut menaja beberapa pasukan ternama di Thailand seperti Chiang Mai FC dan Nakhonratchasima Mazda FC. Untuk pengetahuan korang juga, Warrix juga menaja pasukan sepak takraw Malaysia.


Persatuan Bola Sepak Kedah telahpun menandatangani persefahaman bersama Pegarah Urusan Warrix di Bangkok pada 11 November lalu dan dengan ini, Warrix akan bertanggungjawab untuk menaja Kedah meliputi kelengkapan sukan untuk pasukan premier, pasukan Pialan Presiden dan pasukan Piala Belia Kedah. Warrix juga akan menaja pakaian sukan seperti replika, mafla, topi dan beberapa t-shirt rasmi.

Yang pasti, Kedah merupakan pasukan pertama yang akan menggunakan produk Warrix di Malaysia ini.

hahahhaha... Aku tak sabar nak tengok jersey terbaru Kedah sebab design baju Warrix memang cool bro. Malah, baju team futsal aku pun pakai Warrix la bro, Slim fit lagi walaupun aku tak berapa slim... Hahahahha



hehehhehe...


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget