Tuesday, November 4, 2014

Legendary Goalkeeper: Gianluigi Buffon



Gianluigi Buffon, permata Italy sepanjang zaman. Walaupun meningkat usia, tapi beliau masih lagi mahal, masih lagi digeruni dan masih lagi berkaliber.

Walaupun status umur sudah menginjak ke usia zaman keemasan, namun jasanya pada Italy dan Juventus amat besar.

Rekod di Serie A juga agak rancak. Walaupun tidak pernah berkelana di luar Italy tapi beliau membuktikan bahawa Italy juga dapat melahirkan pemain-pemain yang hebat meskipun tidak berhijrah ke liga luar yang lain.

Menang liga, jatuh liga dan menang liga adalah asam garam kehidupan Buffon. Biarpun Juventus pernah jatuh liga kerana skandal Calciopoli, beliau tetap setia, tiada talak tiga terhadap Juventus.

Diminati lawan dan kawan, Buffon juga diminati peminat. Kesetiaan yang jitu pada Juventus membuatkan peminat amat menyayangi beliau.


Kini, Gianluigi Buffon telah mencapai 500 caps untuk Juventus, angka yang sungguh menakjubkan. Walaupun dimamah usia namun anda boleh nilai sendiri clean sheet yang diperoleh beliau. Siapa lagi yang lebih hebat? Petr Cech? Edwin Van der Sar atau Iker Casillas?



Anda sendiri tentukan. Hail Buffon!!

-bergkamp-
-sumber: Opta-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget