Sunday, November 23, 2014

Arsenal vs Manchester United; Badi sepanjang zaman




Arsenal kalah di tempat sendiri. Badi yang tak pernah luput apabila bertemu Manchester United. Sama ada seri atau kalah.

Manchester United bermain dengan disiplin yang jitu, ditambah pula dengan on-form David De Gea, Arsenal tumpul apabila melakukan finishing. David De Gea merupakan Man of the Match untuk game kali ini bagi aku.

Arsenal? Hilang punca selepas ketinggalan satu gol akibat own gol daripada Kieran Gibbs. Counter attack yang menjadi untuk United. Nasib menyebelahi Manchester United untuk game kali ini.



Manchester United terpaksa sit deep sepanjang perlawanan kerana asakan daripada Arsenal seawal permulaan permainan. Disiplin daripada setiap pemain pertahanan United wajar dipuji. David De Gea sememangnya superb. Menahan setiap percubaan gol terutamanya daripada Jack Wilshere, Alexis Sanchez dan Danny Welbeck. Peluang yang banyak tapi haram...

Arsenal pula masih menggunakan Nacho Monreal untuk bermain centre back, suatu kejanggal buat left fullback ini. Ditambah pula dengan self centred play daripada Aaron Ramsey, Arsenal perlu revise kembali game ini untuk memperbetulkan kesilapan pemain.

Front man Welbeck, Chamberlain dan Alexis Sanchez jelas berusaha untuk mengetuk pintu gol United, namun United ternyata kebal menahan asakan Arsenal. Gol dari Olivier Giroud pada minit ke-90 hanyalah saguhati yang pahit untuk diterima penyokong Arsenal kali ini.

Counter attack dari United ternyata berbisa. Di Maria dan Rooney sememangnya berkesan bila diletakkan di front line United. Walaupun Rooney agak senyap sepanjang perlawanan, namun Arsenal leka dan Rooney tanpa segan silu terus menghukum pertahanan Arsenal yang sambil lewa ini.

Apa-apa pun, Louis van Gaal berjaya dengan percaturan kali ini. Dengan kemenangan 1-2 ke atas Arsenal, Manchester United melonjak ke tangga ke-4, manakala Arsenal menjunam ke tangga ke-8.

Buat penyokong Arsenal, tahan telinga ja untuk minggu ini. Mau tak mau kena jugak masuk gua. Tahniah untuk Manchester United, luck on your side.

-Bergkamp\
-sumber gambar: soccerhighlighttoday

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget