Saturday, November 22, 2014

Hujung minggu yang menarik untuk peminat bola sepak





Weekend yang menarik pada bulan ini. Untuk peminat bola sepak, anda perlu alert kerana hujung minggu ini ada banyak game bola sepak yang menarik.

Awal pagi Ahad, pukul 1.30 pagi akan berlangsung game EPL yang best. Pertemuan antara seteru utama, Arsenal vs Manchester United sememangnya akan menjadi perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat kedua-dua pasukan ini.

Manchester United akan turun pada malam ini dan dikhabarkan key player United, Angel Di Maria masih lagi tidak cergas kerana cedera ketika perlawanan antarabangsa antara Argentina vs Portugal di Old Trafford yang lalu. Dengan kecederaan yang dialami Daley Blind, Marcos Rojo, David de Gea dan Falcao, Manchester United perlu merancang sesuatu dengan skuad yang ada untuk menghadapi Arsenal kali ini dan khidmat Wayne Rooney pasninya ditagih.

Arsenal pula akan turun dengan harapan Alexis Sanchez  mengemudi jentera serangan Arsenal. Dengan rekod gol dan assist yang menarik dalam permulaan musim ini, Sanchez juga turut menyumbang gol ketika perlawanan antarabangsa antara Chile vs Uruguay. Jack Wilshere juga turut menyerlah dalam perlawanan antarabangsa minggu lalu. Pengkritik meramalkan Arsenal mampu untuk menyerlah pada game kali ini.

Walaupun EPL menjadi pilihan peminat, tetapi Serie A juga tidak kurang menariknya. Perlawanan tumpuan pastinya antara AC Milan vs Inter Milan. 2 pasukan jiran dan gergasi Italy dikatakan semakin hilang sengat di arena pentas Liga Juara-Juara Eropah tapi pertemuan ini pasninya akan menjadi hangat. Namun, game lain seperti Lazio vs Juventus juga tidak kurang hebatnya

Nikmatilah hujung minggu anda dengan game-game yang menarik ini. Dan tidak lupa juga kepada skuad bola sepak Malaysia, berjuanglah dengan hati yang besar, menyanyilah lagu NEGARAKU dengan mendabik dada. Ingatlah, peminat bola sepak Malaysia menantikan persembahan anda.

-bergkamp-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget