Thursday, October 9, 2014

Isu jadual Piala Malaysia berubah. Kenapa FAM senyap jer?


Sehari dua nie, isu jadual Piala Malaysia menjadi panas apabila berlaku perubahan dan perpindaan mengenai tarikh perlawanan suku akhir diantara pasukan Terengganu dan JDT dan antara PBSNT dan juga PBNJ. Pertelingkahan antara kedua pasukan ini menjadi semakin panas setelah presiden pasukan masing-masing kini telah bersuara.

Isu yang berbangkin adalah apabila permohonan PBNJ telah diluluskan dan rayuan PBSNT mengenai isu tersebut ditolak. Serang menyerang kini berlaku antara kedua-dua belah pihak. Dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian tidak dapat dikenalpasti.


Bagi aku, PBNJ ada hujahnya yang tersendiri, dan PBSNT juga punya hujah tersendiri. Hakim dalam situasi ini adalah FAM. Yang aku pelik, apesal FAM senyap jer erk... Tiada kata putus daripada FAM mengenai perkara terbabit, dan hanya jadual sahaja dikeluarkan.

Aku pelik...

Tapi, yang jelas, perlawanan antara Terengganu dan Johor akan diteruskan jua walaupun berlaku perbalahan diantara kedua-dua belah pihak. Aku mengambil jalan tengah dan berpendapat yang pasukan Terengganu terpaksalah pasrah dengan apa yang berlaku. Jadikan iktibar dengan apa yang berlaku walaupun pada hakikatnya pahit terpaksa ditelan.

Aku juga berharap supaya perlawanan ini tidak diboikot kerana secara logiknya, jika diboikot, pasukan Terengganu sebenanrnya yang akan rugi kerana mereka akan diktiraf kalah. Berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan oleh FAM (sebenarnya masalah berpunca dari FAM). Tapi, perjuangan mesti diteruskan jua.. Peteh Ganu Peteh.

Aku faham, apa kesan penangguhan ini kerana jarak antara perlawanan suku akhir dan separuh akhir tidak begitu jauh, dan ini menjadikan jadual perlawanan akan bertambah padat dan masa berehat tidak mencukupi. Berkemungkinan pemain-pemain akan penat untuk mengharungi perlawanan separuh akhir. Malah, JDT dilihat mempunyai banyak kelebihan kerana bermain di Larkin. Kalau perlawanan diheret ke masa tambahan dan penalti, kelebihan banyak kepada JDT. Di sini, pasukan Terengganu lebih dilihat sebagai mangsa.

Aku simpati..

Aku nie bukan hebat sangat nak ulas bab-bab urusan bola sepak, tapi kalau berfikir secara logik, memang agak berat sebelah. JDT sememangnya bijak mengatur langkah, dan Terengganu dilihat agak terperangkap. Itu semua memang adat, tapi yang aku tak faham, di mana peranan FAM dalam mengatasai masalah ini. Itu persoalan yang ingin aku bentangkan. FAM seolah-olah bertindak lepas tangan dan tidak hadam betul-betul akan situasi yang berlaku. Masa semakin suntuk, tapi tiada langsung kenyataan rasmi dari FAM dalam mengharmonikan perbalahan ini.

Haih. aku pun tak tahu apa yan sedang berlaku dalam FAM. Buat keje ke tak nie sebenarnya. Nie, aku nak tanya sikit FAM nie boleh, bila korang nak letak jawatan ramai-ramai haa??? Kami peminat-peminat sukan bola sepak Malaysia dah jelak dengan pe'el dan karenah FAM nie...

 Haih... Inilah bola sepak Malaysia...

sedikit renteten mengenai isu ini..
1. http://www.stylosport.com/2014/10/piala-malaysia-jadual-terkini.html
2. http://www.stylosport.com/2014/10/pbnj-nafi-penangguhan-disebabkan.html
3. http://www.stylosport.com/2014/10/annuar-bidas-fam-kerana-berat-sebelah.html
4. http://www.stylosport.com/2014/10/keputusan-fam-tunda-aksi-tak-masuk-akal.html
5. http://www.stylosport.com/2014/10/tmj-tempelak-persatuan-bolasepak-negeri.html

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget