Monday, September 15, 2014

No. 7 kembali berbisa



Bend it like Beckham? Sejarah No. 7 di Old Trafford kini kembali. Sejak kehilangan Ronaldo ke Real Madrid, No. 7 di Old Trafford menjadi suram. Owen memakainya menggantikan Ronaldo, namun hampa. Kemudian Valencia cuba menggantikannya, sekali hampa. Dan kini Di Maria telah menaikkan lagi nombor yang menjadi ikon di Old Trafford selepas George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Setelah taktik 3-5-2 memerangkap permainan Man Utd, van Gaal kini telah menukar sistem pertahanan lama United dengan mengaplikasi formasi 4-2-3-1.


de Gea

Rafael, Evans, Rojo, Blackett

Blind, Herrera, 

Di Maria, Rooney, Mata

van Persie


Ternyata formasi 4 pertahanan sememangnya sesuai bagi United. Tapi harus di ingat, perlawanan ini adalah menentang QPR yang mana ianya boleh di anggap pasukan yang sedikit lemah. Man United masih lagi belum boleh mendabik dada dengan formasi ini dan harus di uji pada permainan seterusnya.

3 dari 4 gol yang di hasilkan telah di jaringkan di sudut sebelah kiri dengan gol pembukaan oleh Di Maria di ikuti Herrera dan juga Rooney. 


Ianya adalah statistik yang menarik kerana First Eleven Man United kebanyakannya adalah left foot preferred. Antara gol yang di jaringkan:-





Pada perlawanan kali ini, Di Maria berjaya mencuri tumpuan dengan menerima anugerah Man of the Match.





Melihatkan klip video di atas, beberapa cubaan gol telah di bantu oleh Di Maria. Namun, di sebalik itu, Blind banyak membantu jentera serangan United. Lihat sahaja statistik passing oleh Blind. Hanya 5 passing sahaja yang gagal di hantar/di terima kepada rakan sepasukan.





Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget