Wednesday, June 4, 2014

Final Piala FA - Pahang vs Felda United


Sejak Piala FA di perkenalkan pada tahun 1990, tiada satu pun pasukan berstatus kelab berjaya mara ke final selepas Sime Darby berjaya melakukannya pada tahun 2012 namun tewas kepada Kelantan.

2014 juga telah menyaksikan sebuah pasukan berstatus kelab iaitu Felda United yang membawa harapan para anak peneroka amnya telah mara untuk membuktikan bahawa sebuah pasukan berstatus mampu memberikan saingan kepada mana-mana kelab professional lain.




Irfan Bakti telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pengurus yang di segani di Malaysia. Telah membawa pasukan Pulau Pinang pada tahun 2002 dan pasukan Terengganu pada tahun 2011 muncul juara Piala FA.

Jentera serangan Felda United kini berada pada prestasi terbaik dan mampu mencabar skuad Tok Gajah. Junior Wilson yang beraksi cemerlang musim ini dan ketika membantu Felda United mengikat The Red Warriors mampu merobek gawang Tok Gajah.

Bagi skuad Tok Gajah yang memburu Piala FA buat kali ke-2 sejak 2006 pasti dahagakan aksi final ini.

FA Cup

1990 Perak                      4-2 Selangor
1991 Selangor                   1-0 Perak
1992 Sarawak                    2-1 Kuala Lumpur
1993 Kuala Lumpur               2-1 Sabah
1994 Kuala Lumpur               3-1 Sabah
1995 Sabah                      3-1 Pahang
1996 Kedah                      1-0 Sarawak    
1997 Selangor                   1-0 Penang
1998 Johor                      1-0 Sabah   
1999 Kuala Lumpur               0-0 Terengganu            [aet, 5-3 pen]
2000 Terengganu                 1-1 Penang                [aet, 4-3 pen]
2001 Selangor                   1-0 Sarawak               [aet] 
2002 Penang                     1-0 Perak
2003 Negeri Sembilan            2-1 Perlis                [asdet]
2004 Perak                      3-0 Terengganu            [aet]
2005 Selangor                   4-2 Perak
2006 Pahang                     0-0 Perlis                [aet, 4-2 pen]
2007 Kedah                      0-0 Perlis                [aet, 4-2 pen]
2008 Kedah                      3-2 Selangor
2009 Selangor                   1-1 Kelantan              [aet, 4-1 pen]
2010 Negeri Sembilan            1-1 Kedah                 [aet, 5-4 pen]
2011 Terengganu                 2-1 Kelantan              [aet]
2012 Kelantan                   1-0 Sime Darby FC
2013 Kelantan                   1-0 Darul Takzim FC   

Adakah Felda United mampu merubah sejarah? Atau Isa Samad yang akan merubah? Mari kita saksikan


Recent Comments Widget