Wednesday, June 4, 2014

Siapakah pemain Termahal dunia?


Satu kaji selidik yang di keluarkan oleh Footbal Observatory telah menyenaraikan 20 pemain bola sepak paling mahal dalam dunia. 

3 pemain dari kelab bola sepak terkemuka iaitu Barcelona, Real Madrid dan juga Liverpool telah tersenarai. Manakala 2 pemain dari Chelsea dan Bayern Munich juga tersenarai. Lain-lain kelab seperti Juventus, PSG, Arsenal, Atletico Madrid, Manchester City, Manchester United dan paling mengejutkan pemain dari Everton juga tersenarai sebanyak seorang setiap pasukan.

Dari kaji selidik ini juga didapati beberapa pemain seperti Gareth Bale dan Edison Cavani sebenarnya berharga di bawah harga belian mereka iaitu £85.3 juta dan £55 juta masing-masing. Harga sebenar mereka berdua tidak melebihi £55 juta bagi Gareth Bale dan £45 juta bagi Edison Cavani.

Lionel Messi kekal sebagai pemain termahal dunia dengan harga sekitar £161.5 juta ke £187.6 juta yang mana tiada kelab mungkin mampu untuk mendapatkan khidmatnya dari Barcelona dengan harga ini. Luis Suarez juga melompat ke tangga ke-3 dengan harga £79.4 juta ke £92.3 juta berbanding harga beliannya iaitu £22.8 juta.


Recent Comments Widget