Monday, April 14, 2014

Tidur lewat semalam sebab Liverpool menang...

Yup. Betul. Iya...

3-2 dengan City.

Begitulah ayat aku pagi tadi bila orang tanya pasal game semalam. Dengan bangga aku cakapkan, nasib menang. Sebab utama ialah apabila Vincent Kompany gagal menendang bola dengan sempurna, kemudian disambar terus oleh Coutinho untuk gol ke 3 Liverpool.
Gol kemenangan yang dijaringkan Coutinho

Apabila aku tengok gol tue, melompat aku sorang-sorang dalam bilik (tak ada Astro, streaming kot pc jer). Tak sangka boleh gol. Sebab game semalam, aku tengok gabungan SAS (Suarez dan Sturridge) tak berapa nak menjadi. Memang kena kekang habis-habisan. Mark Clattenburg (pengadil) pula nampak memang tak melayan sangat Suarez walaupun dia betul-betul tergolek kena tackle. Hahahha... Tapi tak ada masalah. Janji menang.
Pengadil perlawanan, Mark Clattenburg


Kalau aku nak ulas satu-satu detik-detik perlawanan, aku rasa jenuh. Aku nie bukan rajin sangat pun. Hahahha... Kalau setakat nak share gambar tue ok la kot. Tapi aku nak cerita sikit point-point menarik kat korang semua berkenaan game semalam.

Apa yang aku boleh rumuskan, game semalam aku tak rasa pun boleh menang. Paling kuat pun seri sahaja. Sebab City memang power. Dah la Aguero dah kembali berlatih untuk City, tapi takcergas sahaja. Dengan kemenangan perlawanan semalam, LFC dilihat menerajui tahta liga dengan kelebihan 2 mata berbanding Chelsea. Walaupun City mempunyai kelebihan 2 perlawanan, tapi jikalau City menang 2 perlawanan tersebut, tapi akan masih berada dibawah LFC kerana perbezaan 7 mata.

Ada orang bercakap tentang perlawanan Chelsea dengan LFC akan menjadi menentu kejuaraan EPL, tapi yang aku lihat perlawanan penting yang perlu LFC betul-betul tumpukan adalah bertemu pasukan yang berada dalam relegation zone. Perlu diingat, perlawanan Chelsea dan LFC akan berlangsung di Anfield. Dan LFC mempunyai kelebihan kerana tidak terganggu dengan sebarang perlawanan luar seperti Chelsea yang mana 3 hari sebelum itu mereka terpaksa ke Madrid untuk separuh akhir piala liga Juara-Juara. Sedangkan pasukan LFC mempunyai rehat yang cukup selala 7 hari sebelum perlawanan dengan Chelsea. (rujuk http://stylosport.blogspot.com/2014/04/kenapa-penyokong-liverpool-sokong.html)

Untuk LFC, semua perlawanan penting. Hanya tinggal 4 lagi perlawanan. Dan kali ini, nasib kejuaraan EPL terletak pada tangan pemain-pemain LFC. Menang semua 4 perlawanan, maka berakhirlah menantian 24 tahun LFC...

Sedikit recap perlawanan semalam.

Sebelum perlawanan perlangsung...



Gol pertama jaringan Sterling
 
 
 

Gol kedua Skatel.
 
 
 
 

Kemudian  dua bgol penyamaan dari David Silva


  



Dan gol kemenangan LFC dari Coutinho






-luis Garcia-
Recent Comments Widget