Apa yang aku boleh katakan, sebenarnya ada udang disebalik batu.
Sebelum aku cerita kenapa penyokong LFC sokong Chelsea tempoh hari ketika perlawanan Chelsea dan PSG, aku nk bagitau sikit apa permasalahan LFC yang utama.
Untuk pengetahuan, perlawanan tumpuan untuk LFC merupakan perlawanan menentang Manchester City dan Chelsea. Dalam pertemuan bertemu City nanti, daripada segi kelebihan nampak lebih kepada City walaupun secara hakikatnya LFC bermain di rumah sendiri iaitu Anfield.
Aku secara jujurnya mengharapkan LFC boleh menang sebab bermain kat Anfield, tapi tak boleh nak overconfident sangat. City nie bukan team cap ayam, tapi power gila. Sungguhpun Kun Aguero masih cedera, tapi kebelakangan nie Edin Dzeko seperti tak boleh disekat. Asyik sumbat gol sahaja. Kesimpulannya, aku jangkakan perlawanan hari Ahad nie seri dengan CIty.
Tetapi dekat sini aku bukan nak ulas tentang perlawanan LFC dengan City, tetapi lebih kepada perlawanan LFC dengan Chelsea pada 27 April nanti. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku suka nak highlight game 27 April tersebut. Seperti yang aku cakapkan, penyokong-penyokong LFC menyokong Chelsea aritue bukan sebab apa, tapi ada udang disebalik batu.
Apabila Chelsea menang bertemu PSG, secara tidak langsung, Chelsea telah layak ke separuh akhir Champions League. Korang nak tahu bila perlawanan separuh akhir pertama Champions League? Game pertama, 22 April dan game kedua 23 April.
Disebabkan perlawanan Chelsea dan PSG hari itu berlangsung dekat Stamford Bridge, maka secara automatiknya perlawanan pertama Chelsea dalam separuh akhir nanti mesti di tempat lawan. Hanya 2 tempat sahaja menjadi destinasi, iaitu Madrid ataupun Munich.
Madrid, jauhnya lebih kurang 1,125km dan perjalanan kapal terbang tanpa henti lebih kurang 2 jam.
Munich pula, jauhnya lebih kurang 1,710km dan perjalanan kapal terbang tanpa henti mengambil masa 3jam.
Jauhkan. ini semua akan berlaku dalam tarikh 22 dan 23 April. Yang menariknya, selepas perlawanan ditempat lawan oleh Chesea akan pulang ke London dan kemudian bergerak ke Liverpool.
Jarak perjalanan London Liverpool kira-kira 340km. Kalau memandu sendiri, ambil masa hampir 4jam. Kalau pakai keretapi dalam 2jam lebih sahaja.
So, korang nampak tak apa yang aku nampak. Bagi aku, pemain-pemain Chelsea mesti tak cukup rehat kalau nak dibandingkan dengan pemain LFC yang mana perlawanan terakhir mereka sebelum game tersebut adalah 20 April. Pemain LFC punya rehat lebih kurang 7 hari dan mereka tak perlu travel jauh memandangkan perlawanan diadakan di Anfield, manakala pemain Chelsea pula hanya dapat betul-betul berehat dalam 3 hari sahaja.
Jadi, sekiranya LFC tidak menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin, maka terlepaslah harapan untuk memegang kejuaraan EPL buat pertama kali setelah 24tahun.
heheheh...
-luis Garcia-