Sunday, April 20, 2014

Chelsea bongkak sangat. Kan dah kena....


Winner: Liverpool loanee Fabio Borini coolly slotted home the penalty to give Sunderland a vital three points

Adoiiii, geram admin bila tengok game Chelsea vs Sunderland ni. Chelsea tak boleh nak makan Sunderland even kat tempat sendiri, siap kalah pulak tu. Yang admin rasa geram bukan sebab Chelsea kalah, tapi sebab Liverpool yang tengah duduk kat atas ni. Gayat konon. Tapi kalau Liverpool pun kalah dengan Norwich siapa tau kan? Minta-minta jadi macam tu la. Hahaha

Untuk game Chelsea vs Sunderland ni admin ulas secara ringkas saja la. Maklum la, tengok Mourinho kalah untuk 1st time di Stamford Bridge setelah 77 games adalah best moment untuk Liverpool ketika ini.



Barisan Chelsea kali ini ada beberapa pertukaran untuk starting line up iaitu kemasukan Mark Schwarzer sebagai penjaga gol menggantikan Petr Cech, Mohamed Salah bermain di Left attacking midfielder dan Ramires berganding bahu bersama Nemanja Matic di bahagian tengah.

Untuk game ni sememangnya Chelsea mendominasi permainan. Dengan gol pertama daripada corner kick disempurnakan oleh Samuel Eto'o menerus volley cantik pada minit ke 12. Mourinho seperti berkeyakinan menang ketika itu.

Opener: Samuel Eto'o volleys home to make it 1-0 to Chelsea after 12 minutes
Volley Eto'o

Selepas itu Sunderland pula menyamakan kedudukan menerusi Connor Wickham hasil tangkapan kurang kemas Mark Schwarzer pada minit ke 18. Gol kemenangan Sunderland pula diperolehi menerusi penalti yang disempurnakan oleh Fabio Borini selepas Cesar Azpilicueta bersalah ketika tackle ke atas Jozy Altidore dalam kotak penalti.

Johnny on the spot: Connor Wickham pounces on a Mark Schwarzer error to equalise
Connor Wickham gol

Decision: Chelsea players did not believe Azpilicueta's tackle on Altidore was a penalty
Penalti!!!
Winner: Borini slots home to score from the penalty spot for Sunderland
Borini skor!
Bagi admin, Chelsea perlu menang untuk menjarakkan jurang dengan Liverpool, tapi bila tengok line up Chelsea macam serba tak kena saja.

Secara ringkasnya, pemain yang admin rasa tak dapat menunjukkan keseluruhan potensi adalah Mohamed Salah. Player Chelsea seperti tak percaya kebolehan Salah. Semasa counterattack yang dijanakan oleh Willian, Willian sanggup memberikan bola pada Eto'o yang dikawal padahal ketika itu Salah dalam posisi shooting yang baik. Suatu kerugian di situ.

Advance: Mohamed Salah moves forward with Jack Colback chasing him

Keduanya, partnership Ramires dan Matic. Secara jujurnya, partnership ini di bahagian tengah ini kuat tetapi kurang keserasian. Admin lebih prefer kombinasi Matic dan David Luiz, atau Matic dan Lampard. Ramires dengan shooting ke lautnya sangat merugikan pasukan. Ramires perlu lebih kreatif dan bijak jika mahu dikekalkan didalam starting line up untuk game seterusnya.



Lastly, semangat pasukan Sunderland yang kuat. Berada di zon penyingkiran tak melemahkan semangat mereka. Sunderland sanggup berjuang walaupun penguasaan bola hanyalah 38% daripada keseluruhan 90 minit. Bagi admin Vito Mannone memang cukup hebat. Walaupun ada kalanya bernasib baik tetapi persembahannya sangat bagus.

And again: Mannone makes another point-blank save, this time from Willian

Man of the Match: Vito Mannone

-sumber gambar: dailymail
-bergkamp-
Recent Comments Widget