Untuk tahun 2012-2013, anugerah ni demenangi oleh Gareth Bale. Oleh sebab itu, mari kita bincang sebab apa calon-calon diatas patut menang anugerah ini.
Luis Suarez.
Apa nak dikata, 29 gol dalam 29 game. Terbaik.! Antara penyerang berbisa yang menghantui EPL sejak zaman Thierry Henry. Dribble, pace dan shooting merupakan asset Suarez selain gigi depan yang tiada bandingan. Hehehe~
Daniel Sturridge.
Walaupun dikatakan banyak berlegar di bawah Suarez tetapi Sturridge adalah player yang konsisten sepanjang musim ini. Dengan kelajuan dan off the ball yang menarik, persembaham Sturridge telah meningkat mendadak dalam musim ini. Partneship bersama Suarez di hadapan banyak meningkatkan permainannya.
Steven Gerrard
Captain Marvel ini bagi admin adalah pembakar semangat Liverpool buat masa sekarang. Dahulu, Liverpool meletakkan Gerrard sebagai pemain serangan yang berbahaya dengan menggunakan kelebihan long range shooting dan free kick nya. Dengan penukaran dari attacking midfielder kepada holding midfielder, Gerrard lebih banyak berlegar di bawah. Dengan kelebihan kawalan bola, ketepatan hantaran bola dan game control yang menarik, admin rasa Gerrard ada peluang cerah untuk menang anugerah ini.
Yaya Toure
Yaya Toure ni antara player yang admin suka. Yaya Toure sebenarnya bukanlah berfungsi sebagai pemain serangan. Beliau bermain lebih ke bawah dan banyak titik permulaan serangan adalah dari Yaya Toure. Dengan partnership bersama Fernandinho di bahagian tengah, Manchester City dapat menjanakan serangan dengan sangat efektif. Rekod 18 gol dari Toure dalam semua perlawanan setakat ini adalah sangat meyakinkan untuk pemain midfield. Dengan kelebihan long range shooting dan free-kick specialist, admin yakin Yaya Toure adalah calon terbaik untuk anugerah ini.
Eden Hazard
Pemain muda Chelsea ini tanpa rasa malu sudah memasang angan-angan untuk menjadi sebaris dengan bintang bola sepak ketika ini, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Cita-cita yang besar. Walaupun Hazard kelihatan angkuh dan self-centred player ketika di padang, namun kehadirannya di padang sangat membantu pasukan. Dengan 14 gol dan 7 assist dalam tangannya, ternyata assest yang dimiliki Chelsea ini harus dikekalkan dan ditingkatkan lagi mutu permainannya.
Adam Lallana
Suatu bentuk penghormatan kepada Lallana apabila turut tersenarai sebagai shortlist untuk anugerah ini. Walaupun memang agak mustahil untuk menang, namun admin rasa Lallana memang banyak berusaha musim ni. Hanya 9 gol dan 6 assist, tapi kebanyakan gol ini adalah gol kemenangan dan punca Southampton tidak kalah. Dengan tersenarai dalam skuad England untuk Piala Dunia di Brazil, admin yakin sumber inspirasi Lallana datang dari situ.
Jadi, semua yang tercalon ni memang hebat-hebat belaka baik dari segi fizikal atau mental. Tapi, rasanya peminat bola sepak pun boleh teka kan siapa yang akan menang. Who nose? Hehehe~
-sumber: foxsport-
-bergkamp-