Tuesday, February 2, 2016

Harimau Malaysia - Nama baru Harimau Malaya

Harimau Malaysia satu padukan semua bangsa

#tunjukkan belangmu


FAM kini telah mengumukan penggunaan nama baru bagi menggantikan Harimau Malaya iaitu Harimau Malaysia.

Harimau Malaysia

Sebelum ini, nama Harimau Malaya tampak seperi kurang menyatupadukan rakyat Malaysia khususnya. Nama Harimau Malaya juga membuatkan rakyat Sabah dan Sarawak seolah-olah tiada di situ.

Dengan penggunaan nama Harimau Malaysia, ia juga sejajar dengan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia dan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Harimau Malaya juga sebenarnya nama jolokan lagenda bola sepak negara iaitu Dollah Don yang di berikan oleh presiden Indonesia ketika menyaksikan pemain itu bermain.


Peraduan cipta logo Harimau Malaysia


Bagi memberikan imej serta wajah baharu kepada skuad kebangsaan mulai tahun 2016 ini, FAM turut melancarkan peraduan mencipta logo Harimau Malaysia, hari ini yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peraduan ini memeberi peluang untuk anak Malaysia sendiri mencipta imej baharu pasukan kebangsaan dan juga berpeluang memenagani hadiah wang tunai RM 10,000 serta pengalaman bersama skuad kebangsaan pada kejohanan AFF Suzuki pada akhir tahun ini.
Tiga logo terpilih akan disenarai pendek untuk para peminat dan penyokong bola sepak negara melakukan undian secara online di laman sesawang rasmi www.fam.org.my bagi memilih logo terbaik untuk dijadikan logo rasmi bagi Harimau Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi www.fam.org.my atau laman facebook Football Association of Malaysia (Official) dan juga akaun Twitter @FAM_Malaysia.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget