Tuesday, December 22, 2015

Messi Diludah Penyokong River plate

Penyerang sensasi Barcelona dan Argentina, Lionel Messi diludah oleh seorang penyokong River Plate. Kejadian berlaku disebabkan oleh kekalahan River Plate ke atas pasukan Barcelona.

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Narita, Tokyo ketika pemain Barcelona bersedia melalui pemeriksaan pasport dan kawalan keselamatan, beberapa orang penyokong River Plate menghina Messi sehingga akhirnya salah seorang daripada mereka meludah ke atas pemain itu.

Menurut beberapa laporan selepas insiden itu, Messi yang marah dengan tindakan penyikong itu membalas dengan tumbukan sebelum dileraikan oleh jurulatih Barca Luis Enrique dan rakan sepasukan Luis Suarez dan Javier Mascherano.

Bagaimanapun akhbar Catalan, Mundo Deportivo melaporkan Messi diligat tersenyum dan kembali tenang sejurus insiden itu.






Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget