Monday, December 21, 2015

Jose Mourinho Sedia Bimbing Manchester United


Selepas Jose Mourinho dipecat oleh Chelsea. Kini timbul desas-desus pengendali kelahiran Portugal itu akan mengantikan tempat Louis Van Gaal di Manchester United.

Van Gaal didakwa semakin hampir untuk dipecat kelab itu selepas mencatatkan keputysan tewa buat kali ketiga berturut-turut dalam enam perlawanan terakhir sebelum ini.

Difahamkan, pihak pengurusan tertinggi Manchester United mungkin akan memecat bekas pengendali Belanda itu sekiranya mencatatkan kekalahan ketika menentang Stoke City.

Selain Jose Mourinho, antara nama yang disebut-sebut bakal mengantikan Van Gaal adalah Lagenda Red Devils yang juga pembantu Van Gaal, Ryan Giggs.

Mourinho juga dilaporkan memberitahu rakannya yang dia berpeluang dilantik sebagai pengurus yang baharu sekiranya kelab itu terus tewas.



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget