Tuesday, December 22, 2015

Messi Diludah Penyokong River plate

Penyerang sensasi Barcelona dan Argentina, Lionel Messi diludah oleh seorang penyokong River Plate. Kejadian berlaku disebabkan oleh kekalahan River Plate ke atas pasukan Barcelona.

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Narita, Tokyo ketika pemain Barcelona bersedia melalui pemeriksaan pasport dan kawalan keselamatan, beberapa orang penyokong River Plate menghina Messi sehingga akhirnya salah seorang daripada mereka meludah ke atas pemain itu.

Menurut beberapa laporan selepas insiden itu, Messi yang marah dengan tindakan penyikong itu membalas dengan tumbukan sebelum dileraikan oleh jurulatih Barca Luis Enrique dan rakan sepasukan Luis Suarez dan Javier Mascherano.

Bagaimanapun akhbar Catalan, Mundo Deportivo melaporkan Messi diligat tersenyum dan kembali tenang sejurus insiden itu.






Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels: ,

    Monday, December 21, 2015

    Jose Mourinho Sedia Bimbing Manchester United


    Selepas Jose Mourinho dipecat oleh Chelsea. Kini timbul desas-desus pengendali kelahiran Portugal itu akan mengantikan tempat Louis Van Gaal di Manchester United.

    Van Gaal didakwa semakin hampir untuk dipecat kelab itu selepas mencatatkan keputysan tewa buat kali ketiga berturut-turut dalam enam perlawanan terakhir sebelum ini.

    Difahamkan, pihak pengurusan tertinggi Manchester United mungkin akan memecat bekas pengendali Belanda itu sekiranya mencatatkan kekalahan ketika menentang Stoke City.

    Selain Jose Mourinho, antara nama yang disebut-sebut bakal mengantikan Van Gaal adalah Lagenda Red Devils yang juga pembantu Van Gaal, Ryan Giggs.

    Mourinho juga dilaporkan memberitahu rakannya yang dia berpeluang dilantik sebagai pengurus yang baharu sekiranya kelab itu terus tewas.



    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Selepas Chelsea, Liverpool dan Man U kumpul koleksi kekalahan

      Liverpool dan  Man U kumpul koleksi kekalahan




      Watford 3 - 0 Liverpool








      Man U 1 - 2 Norwich










      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        Real Madrid pesta 10 gol

        Real Madrid 10 - 2 Rayo Vallecano


        Danilo 1 - 0



        Amaya 1 - 1



        Jozabed 1 - 2



        Gareth Bale 2 - 2



        Ronaldo 3 - 2



        Bale 4 - 2



        Benzema 5 - 2



        Ronaldo 6 - 2



        Bale 7 - 2



        Bale 8 - 2



        Benzema 9 - 2



        Benzema 10 - 2






        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


          Labels:

          Kalah lagi...Vavi toooi


          Setelah bercuti panjang, akhirnya aku memulakan semula penulisan blog. Malas nak mati nak update blog sekarang nie. Akupun tak tahu mengapa. Sorry geng.. Hhhahhahaha..

          Sebelum aku nak cerita apa-apa yang berlaku di atas muka bumi nie, aku kini telah kembali. Kembali untuk meneruskan agenda aku menghasut orang untuk membenci atau mencintai sukan bola sepak...

          Ok.. Berita sensasi arini, Liverpool kena titik 0-3 dengan Watford.

          End..
          (vavi toooi)

          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels:

            Van Gaal tinggalkan Old Trafford

            Van Gaal akan tinggalkan Old Trafford

            nasib bakal berakhir jika terus kalah




            Nama Van Gaal bukanlah asing di kalangan kelab-kelab besar. Setiap kali dia mengambil alih kelab, pastinya tidak mengecewakan.

            Namun tidak semudah kelab Manchester United. Perubahan taktikal yang ketara semenjak pengunduran Sir Alex Furgeson menyaksikan tiada lagi calon yang mampu menandingi aura SAF.

            Perbelanjaan besar belum mendatangkan hasil. Kekalahan terbaru kepada Norwich di laman sendiri memang amat pelik. Sememangnya taktikal Van Gaal tidak boleh di adaptasi di Old Trafford. Formasi 442 amat besar maknanya di Old Trafford.

            Dengan reputasi yang hebat, namun keputusan yang di catatkan amat mengecewakan, peminat pastinya mahukan seorang yang lebih berwibawa.

            Calon-calon yang di sebut-sebut antaranya Pep Guardiola dan Mourinho bakal menggantikan Van Gaal.

            Rooney juga nampaknya tidak di manfaatkan Van Gaal dengan mematikan fungsi Rooney di posisi midfield.


            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels:

              Ola Bola - mengimbau kehebatan pasukan Mokhtar Dahari

              Ola Bola - filem bola adaptasi dari pasukan negara ke Olimpik

              Imbau sejarah Mokhtar Dahari, semua bangsa bersatu

              Ola Bola

              Sebagai peminat bola, rasanya kita patut tengok filem ni. Ola Bola, filem bola sentuhan terkini.

              Aku rasa filem macam ni memang sangat-sangat rare. Memang susah nak dapat filem macam ni. Asek-asek, cinta, rempit, hantu. Tu je la modal filem Malaysia. Filem yang menyatukan rakyat Malaysia sangat kurang.

              Filem ni akan keluar pada 28 Januari 2016. Sama-samalah kita tonton




              p/s: kalau sesiapa ada share link untuk tengok online nanti share-share la ye :p


              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Labels: ,

                Pep Guardiola akan sertai Chelsea atau Manchester City?

                Bayern umum Carlo Ancelotti akan bersama mereka

                Pep dalam perjalanan ke England

                Pep Guardiola akan sertai Chelsea atau Manchester City

                Bayern Munich telah pun mengesahkan bahawa Pep Guardiola akan menghabiskan karierya bersama Bayern pada musim ini.

                Bayern Munich telah pun menandatangani kontrak bersama Carlo Ancelotti untuk musim hadapan.

                Bersama Bayern Munich, Pep Guardiola telah memenangi 2 juara liga, 1 DFB-Pokal, 1 UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup.

                Manchester City dan Chelsea dalam radar

                Besar kemungkinan, Pep Guardiola akan menyertai Manchester City setelah Pellegrini gagal mencabar pasukan lain di dalam EPL.

                Pep Guardiola akan sertai Chelsea atau Manchester City

                Pellegrini hanya berjaya memenangi juara EPL dan juara League Cup pada musim 2013-14.

                Teka teki yang menarik masih lagi menghantui EPL setelah Mourinho di pecat, Van Gaal juga semakin goyang dan Wenger seorang yang hanya boleh senyum walaupun tiada kejuaraan.


                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                  Labels:

                  Friday, December 18, 2015

                  Senarai Pemain Liga Super Selangor 2016

                  Pasukan yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Juara baharu Piala Malaysia 2015 telah mengumumkan senarai pemain yang akan beraksi bersama mereka bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2016.



                  Pengumuman ini telah diumumkan sendiri oleh Pengurus Pasukan Red Giants, Amiruddin Shaari.

                  Dan yang paling mengejutkan ialah masa depan pemain import mereka Robert Cornwaithe yang mana sebelum ini mengatakan tidak akan menyambung kontrak bersama pasukan Selangor akhirnya membuat pusingan dengan memilih kekal bersama Selangor.

                  Selain mengekalkan sebilangan besar pemain musim 2015, Selangor juga berjaya membawa masuk 4 orang pemain baharu yang beraksi bersama Pasukan Pahang musim ini iaitu Khairul Azhan Khalid, Hafiz Kamal, Mohd Razman Roslan dan R Gopinathan.

                  Senarai penuh pemain Liga Super Selangor 2016








                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                    Labels: , ,

                    [PANAS] Mourinho di pecat Chelsea

                    Mourinho di pecat Chelsea

                    Tinggalkan Chelsea buat kali kedua

                    Mourinho di pecat Chelsea

                    Sebenarnya aku memang nak tulis artikel ni. Ingatkan nak relak-relak lagi la. Rupanya, tindakan awal dah di berikan kepada Mourinho.

                    Chelsea Football Club and Jose Mourinho have today parted company by mutual consent.
                    All at Chelsea thank Jose for his immense contribution since he returned as manager in the summer of 2013.
                    His three league titles, FA Cup, Community Shield and three League Cup wins over two spells make him the most successful manager in our 110-year history. But both Jose and the board agreed results have not been good enough this season and believe it is in the best interests of both parties to go our separate ways.
                    The club wishes to make clear Jose leaves us on good terms and will always remain a much-loved, respected and significant figure at Chelsea. His legacy at Stamford Bridge and in England has long been guaranteed and he will always be warmly welcomed back to Stamford Bridge.
                    The club’s focus is now on ensuring our talented squad reaches its potential.
                    There will be no further comment until a new appointment is made. 

                    Mourinho memang berjasa kepada Chelsea. Menaikkan nama Chelsea. Di awal kemunculan bersama Mourinho, tahta EPL langsung berubah. Pasukan lain memang gerun dengan Chelsea.

                    Kemasukan Mourinho dalam masa yang singkat je telah menang 3 Premier Leagues, 3 League Cups, FA Cup dan Community Shield

                    Bayangkan, last season juara EPL kot. Season ni kena sack!

                    Kalau korang perasan, kejatuhan Chelsea di sebabkan seorang wanita.



                    Dan wanita itu ialah Dr Eva.

                    Lepas je insiden bergaduh dengan Dr Eva, prestasi Chelsea terus merudum.

                    Dan siapa yang akan mengambil alih Chelsea selepas ini?

                    Manager yang paling available ialah Ancelotti. Tapi media cakap nak amek Gus Hiddink. Kita tengok je lah.

                    Tapi apa-apa pun, Chelsea memang pasukan yang baik sebenarnya. Apa yang berlaku sekarang ni berkemungkinan sabotaj dari pemain. Mereka semacam tak berpuas hati dengan Mourinho. Apa puncanya? Misteri..........................................................


                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                      Labels:

                      Tuesday, December 15, 2015

                      Jawapan dari Buffon mengapa dia tidak tinggalkan Juve ketika jatuh ke Serie B


                      Buffon menjawab pertanyaan peminat kecil berusia 10 tahun dari Parma



                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                        Labels:

                        VIDEO - Leicester City 2 - 1 Chelsea

                        Leicester City 2 - 1 Chelsea

                        Video Gol Leicester City 2 - 1 Chelsea




                        Jamie Vardy


                        Riyad Mahrez

                        Loic Remy



                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                          Labels: