Tuesday, June 2, 2015

Pasukan bola jaring Malaysia KEJAM

Malaysia benam Filipina 112-11


msia-belasah-filipina-112-11

Skuad bola jaring negara meneruskan kejayaan besar dengan meraih kemenangan luar jangkaan apabila membenam Filipina 112-11 pada perlawanan kedua saingan Sukan SEA Singapura, di sini hari ini.

Skuad bimbingan Aminah Saari itu bermula dengan langkah bergaya apabila mendahului Filipina 32-1 pada suku pertama permainan dan menambah 29 mata berbanding dua mata oleh Filipina di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura.

Selepas rehat, pasukan negara menambah 27 mata pada suku ketiga diikuti 24 mata pada suku terakhir.

Skuad Filipina pula sekadar meraih dua dan enam mata pada suku ketiga dan keempat.



Aminah berkata pasukan negara mempamerkan prestasi konsisten dalam dua perlawanan yang berlangsung secara liga iaitu menewaskan Myanmar 84-22 pada perlawanan pembukaan semalam.

"Malaysia beruntung dalam dua perlawanan setakat ini, skuad negara bertemu pasukan kurang berpengalaman. Tetapi esok kita akan berjumpa musuh tradisi, Singapura.

"Perlawanan sebenar akan berlangsung esok...jadi pemain perlu fokus," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas ialah pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur iaitu penampilan terakhir skuad negara di Sukan SEA.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget