Monday, June 1, 2015

Diego Maradona buka cawangan kedai emas di Malaysia

Diego Maradona buka cawangan kedai emas di Malaysia

Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona dan rakan perniagaannya, Boby Chemmanur membuka cawangan keempat kedai emas mereka, Boby and Maradona Gold Diamond Showroom di negara ini. 

Diego Maradona buka cawangan kedai emas di Malaysia


Boby yang juga Pengerusi Chemmanur International Jewel­lers berkata, keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan kemas di kedai tersebut akan disumbangkan kepada orang miskin dan anak yatim menerusi tiga badan kebajikan.

Katanya, Malaysia merupakan cawangan keempat syarikat tersebut selepas dibuka di India, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait sementara satu lagi cawangan bakal dibuka di Amerika Syarikat (AS).

“Hasrat kami adalah membantu golongan yang kurang bernasib baik bagi mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal. Keuntungan bersih daripada jualan di semua cawangan akan disalurkan kepada golongan sasaran.

“Kami menggalakkan orang ramai membeli emas sambil menderma bagi membantu meringankan beban yang ditanggung anak yatim dan orang miskin. Sumba­ngan langsung daripada mana-mana individu atau syarikat tidak diterima sebaliknya mereka digalakkan membeli emas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan cawangan sulung Boby and Maradona Gold Diamond Showroom yang turut dihadiri Maradona dan aktres Bollywood, Karisma Kapoor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Boby berkata, Malaysia dipilih sebagai salah sebuah daripada cawangannya kerana memiliki pasaran yang berpotensi dalam perniagaan barangan kemas.

Menurut beliau, syarikatnya sedang mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh dunia dan tidak menolak kemungkinan membuka beberapa cawangan baharu di negara ini.

“Konsep yang diperkenalkan syarikat kami diharap dapat membuka mata ahli perniagaan lain dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan perkara sama.

“Saya sendiri juga telah merangka rancangan dengan ahli sukan lain untuk melakukan konsep yang sama bagi menggalakkan mereka melakukan kerja-kerja amal sambil berniaga,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/diego-maradona-buka-cawangan-kedai-emas-di-malaysia-1.97511#sthash.RdQr1sC1.dpuf

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget